Saturday, January 17, 2009

Next destination Sungai Petani

Hello guys,
Dah Berhari-hari juga aku tak update blog ni. Bukan lah sebok sangat tapi cuma takde cerita menarik untuk aku kongsikan dalam semenjak dua menjak ni. Korang mesti pernah dengar tentang Sungai Petanikan. Kat Kedah ni Sungai Petani boleh dikatakan as the modern city la. Maybe dia lebih besar dari Alor Star. Mungkin jugak pasal dia lebih dekat dengan Penang dan mendapat tempias sedikit dari bandaraya besar Penang.
Kenapa aku cerita pasal Sungai Petani ni, sebab hari Ahad ni 19 January aku akan berindah ke Ofis yang baru di kampus cawangan INSANIAH Sungai Petani. Walaupun sehingga aku menulis blog ni aku belum buat apa-apa preparation pun untuk pindah. Hehhehe. Maybe pasal aku rasa aku akan berulang dari Alor Star ke Sungai Petani ni. Aku memang malas nak pindah-pindah ni lebih-lebih lagi pindah umah. Jadi aku memilih untuk stay je kat rumah sekarang. Jarak dari Alor Star ke Sungai Petani ni dalam 55 KM, tak lah jauh sangat. Tol dalam RM 8 pegi RM 8 balik. Tapi aku lebih memilih untuk menggunakan jalan lama. Kalau ikut tol dalam setengah jam perjalanan manakala kalau ikut jalan lama ada la dalam 50 min. Jalan lam tak begitu sibuk cuma agak kacau bila mengikut bontot lori atau melintasi pekan-pekan kecil. Kalau aku hitung-hitung balik rasanya sama macam aku keje kat Limkokwing dulu. Cuma ni tak berdepan dengan jam yang maha hebat di Kuala Lumpur.
Kampus INSANIAH yang baru di Sungai Petani ni akan mula beroperasi pada 19 Januari dengan pengambilan pelajar yang pertama oleh Kuliyyah (fakulti) Multimedia dan Kreativiti. Jadi next week akan start la minggu orentasi pelajar-pelajar baru ni. Kampus ini betul terletak dan berkongsi pagar dengan Hospital Pantai Sungai Petani dan juga berdepan dengan Kolej Komuniti Sungai Petani. Jadi kalau masuk dari Tol Sungai Petani Utara tak lebih dari 5 minit dari pintu masuk tol.
Di kampus baru ini akan menempatkan dua buah kuliyyah iaitu Kuliyyah Multimedia dan Kreativiti juga Kuliyyah Kejuruteraan dan Teknologi, cuma Kuliyyah Kejuruteraan ini akan mula beroperasi pada Jun tahun ini.
Bercakap pasal Sungai Petani bandar suasananya adalah lebih kurang Pekan Kajang atau Bangi. Pada aku ia seperti sebuah pekan lama yang sedang dinaik taraf. Memang kalau dilihat ianya agak sibuk daripada bandar Alor Star. Kalau diberi pilihan aku tetap memilih Alor Star untuk menjadi tempat tinggal. Pasal aku dah terlalu lama hidup dalam hiruk pikuk kota seperti Kuala Lumpur, jadi Alor Star for me is the rite place to enjoy. Pasal semuanya peacefull kat sini. And tempat-tempat nak pegi holiday pun banyak, rite that the main reason. Yalah dari rumah aku sekarang je cuma 15 min ke jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Kalau nak ke Padang Besar cuma drive tak sampai 1 jam. Perfect apa.
By the way next week juga aku akan sekali lagi ke Medan Indonesia pada 23 Januari dan akan berada disana sehingga 28 Januari untuk Lawatan Kerja ke Pondok-Pondok Pesantren juga beberapa goverment agencies disana. Baru ni aku sambut Raya haji kat sana skang aku nak pegi sambut Tahun Baru Cina atau Imlek (bahasa Indonesianya) pulak.
Oklah guys see u in the next post. Pray for my best and gud luck to you to. Adioss chioww.

Friday, January 2, 2009

Renungan 2008

Salam,
Sedar tak sedar tahun 2009 menjelma dengan sendiri, tanpa dipaksa dan tak boleh jugak nak dihentikan. Tapi hari ni aku nak imbas kehidupan aku ditahun 2008 yang banyak mengubah diri aku lebih-lebih lagi persepsiku terhadap manusia.
Tahun 2008 menyaksikan aku beralih arah dari Limkokwing University ke INSANIAH University College. Satu perubahan yang besar dan pengorbanan yang telah aku lakukan. Aku meninggalkan ibu kota Kuala Lumpur ke sebuah negeri yang aku belum pernah terfikir untuk bermastautin iaitu negeri Kedah Darul Aman. Ini merupakan bulan keenam aku di Kedah, sedar tak sedar sudah setengah tahun aku di Kedah. Kalau ditanya adakah aku sudah menemui apa yang aku cari, jawapannya aku makin sesat dalam duniaku sendiri. Sering aku bertanya adakah benar keputusan yang aku buat selama ini. Ataupun aku masih seperti manusia yang dulu hanya menjadi budak kepada keperbudakan dunia. Atau aku sebenarnya memang harus menjadi budak selamanya. Tapi yang aku sedar sekarang, Tuhan itu Maha Tahu dan terlalu Adil buat semua. Dan aku berharap Dia akan tunjukan aku jalan yang harus aku ambil. Dan jalan itu aku harap bakal memberi makna pada kehidupan aku.Ramai yang tanya tak cukupkah apa yang aku dapat, ikhlas aku katakan aku bukan mata duitan, aku tak pernah meletakkan harga buat segala perbuatan aku. Tapi aku cukup tak dapat terima apabila orang tak pandai menilai segala yang aku perbuat. Kerana penilaian itu yang menentukan samaada kita sebenarnya dihargai atau tidak. Kalau fikir singkatku agak mudah, aku akan pergi kepada mereka yang menghargai aku. Tak guna aku rasa jika kita terus berjuang berkorban untuk mereka yang menilai kita dengan nilai yang rendah dan tidak pernah menghargai segala yang kita perbuat.
Rasanya tahun 2009 ni aku harus kemana. Yang penting aku harap ada diantara mereka didunia ini boleh menilai hasil kerja aku dengan lebih munasabah.
Adakah 2009 juga menyebabkan aku beralih arah. Aku hanya mampu berserah pada keadaan. Aku bukan lalang, tapi aku adalah bunganya yang terbang untuk mencari tanah baru untuk memastikan dunia ini tetap hijau dan masih ada tumbuhan yang bernama lalang. Kerana dimana ia jatuh dan tumbuh itu bermakna tanah disitu benar-benar menghargainya. Tapi kalau ia mati maka berkubur cerita sang bunga.Akhirnya, Welcome 2009 I hope for better future by your side. Ok guys meet you in another post, chiooow.