Tuesday, June 30, 2009

Saman oooo Saman

Hai Guys,
lama dah aku x mencoret sedikit sebanyak kat warkah pena digital nie. Sibuk yang tak tahu apa yang aku sebuk skang ni..... maybe sebuk layan perasaan sendiri kot. Dalam sebulan ni banyak sebenarnya nak aku share ngan kengkawan semua tapi nanti la bila aku ada ilham baru. So skang aku nak luah la skit pengalaman aku kat jalan raya hari khamis lepas. Pengalaman kena saman la apa lagi.
1 Ogos depan genap la setahun aku menjadi warga Kedah Darul Aman, dan inilah pertama kalilah aku kena menatang saman ni. Tempat kena saman kat Taiping lepas kawasan rehat yang dekat ngan Bukit Merah tu. Memang la tempat ni hot spot untuk polis buat operasi. Aku bukan nak salahkan sesiapa dalam hal ni. Masa tu kelajuan yang kena saman 123km/jam, lebih 13 je dr kelajuan yang dibenarkan. Polis tu kata 'encik laju ni' aku pun nak kata apa lagi, takkan aku nak cakap belum laju lagi tu cik. hahahaha. Dua tiga kali aku mintak maaf tapi dia mintak maaf balik kata ni operasi ada amik gambar, jadi aku pun layan je la.
Jadi dengan rasa senang hati aku pun menyain lah kertas saman. Kompaun maksimum tiga latut. Apa nak buat dah rezeki....
Yang nak aku bangkitkan disini kerajaan rasanya patut menaikkan had laju lebuhraya la, ni dah tahun 2009 kereta semua lebih kurang 1.5 keatas yang dikeluarkan. Kalau nak ikut perbincangan ngan kengkawan aku kalau kete yang above 1.5 ni nak tahan kaki untuk stay kat 110 km/perjam memang la menyeksakan. Bayangkan la nak bawak dari utara sampai KL ada la lebih kurang 400 km. Boleh dapat kurnas kaki aku, tau ke kurnas tu apa? Kurap Ganas.... hahahaha.
Aku pun nak merepek banyak-banyak pun tarak guna beb, letih air liur je kang. Biarlah leteran sepanjang satu muka warkah pena digital ni ada sedikit memberi anjakan pada perjalanan negara. cewahhhh
K la semua kalau aku punya hati dan masa di lain waktu, Insya Allah kita berjumpa lagi. Adiosss Love u guys. See u in heaven....

Monday, May 18, 2009

Dua Minggu Berturut-turut ke Langkawi

Hi guys, kali ni aku nak kongsi perjalanan aku dalam 2 minggu kebelakangan ni. Walaupun aku rasa tak banyak yang bakal aku tulis tapi diharap dapat dikongsi bersama.

7-9 Mei 2009
Masa ni parent aku datang melawat aku kat Kedah. Bersama-sama mereka nenek, Ketut dan Auni sepupu aku yang paling kecil. Walaupun hanya dua malam mereka di Kedah banyak jugak la tempat yang kami lawati.






Gambar-gambar diatas adalah waktu-waktu untuk kami berlepas ke Langkawi dari Kuala Kedah. Perjalanan kira-kira sejam empat puluh minit. Tujuan utama kami ke Langkawi sebenarnya nak bawak Ketut (pembantu rumah aku) untuk menaiki cable car. Ketut ni akan pulang ke Kampung pada akhir Mei 09. Tapi sesampai je kami kat kaki Gunung Mat Cincang terpampang notis 'Cable Car Rosak Hari Ni G la Jalan-jalan tempat lain'. Tension betul kami, dah la dari jeti ke sana jauh ya amat. Tapi nak buat camne kami pun teruslah membuat shopping ala kadar kat Pekan Kuah.



Hari keesokkannya kami bertolak pagi-pagi ke Padang Besar. Pasal nak minum pagi disana apa lagi makan pulut ayam la. Masa tu kedai lain semua tutup lagi yang ada kedai ni je. Nak tau berapa pulut ayam sepinggan kat sini RM 6. terkejut kami bila nak bayar. Kalau kat tempat biasa yang aku makan 3 hinggit je. Ni kes nak semeleh ni. Jadi sesiapa yang g Ke Padang Besar jangan la coba-coba makan kat gerai makan belah atas bukit. Tempat bas rombongan selalu parking. Kalau nak makan g kat area food court harga ble tahan, makanan pun sedap.



Balik dari Padang Besar kami sempat singgah di Pekan Rabu. Ayah aku nak beli kopiah.


15-16 Mei 2009


Sekali lagi aku berada di bumi Mahsuri ni. Kali ni untuk Bengkel Perancangan Strategik Permohonan Naik Taraf Kolej Universiti INSANIAH ke Universiti INSANIAH.
Aku sempat la bentang satu kertas kerja. Hantam sajalah labu.




Setiba di Langkawi kami terus je ke Masjid tuk solat Jumaat. Pas Solat dalam perjalanan ke Porto Malai sempat lak Driver bas tu bawak singgah ke kedai Gamat abih kena soping sket. hehehhe.
Kalau gambar-gambar kat bawah ni semasa di Porto Malai. Tempat dia nice la kalau nak tenangkan diri. Bilik dalam Rm 250 la lebih kurang. Kalau belah petang boleh bagi ikan makan kat jeti dia. Makan kat Porto Malai ni best la gak. Walaupun aku rasa pilihan makanan x berapa banyak, tapi dah ok.










Ok la semua aku nak g lunch ni, heheheh. See u guys k di episode yang lain. Adiossss

Wednesday, April 29, 2009

Sebalik Fikiran Ahmad Fathi Alias Tika Ini

Assalamualaikum,
aku sebenarnya dalam proses pembinaan diri. Tu sebab sedang aku menulis page ni aku sebenarnya sedang bercuti panjang selama 10 hari. Pergi kemana? hemm, tak kemana ada je kat KL. Kenapa? Itulah soalan yang aku sedang sendiri tafsirkan. Kemana? itulah yang bakal aku tuju. Dalam page ni aku nak konsi sedikit gerak geri otak aku tak kesahlah otak kanan ke otak kiri. Walaupun pergerakannya agak lembab kebelakangan ni tapi aku masih mampu berfikir secara waras dan masih lagi berada dilandasan yang benar rasanya la.

Korang pernah tak kena tipu, sape yang tak pernahkan. Penipuan ni kalau nak dicerita penuh dengan seribu helah dan tipu daya. Ada orang yang menipu kerana sesuap nasi dan tak kurang juga menipu untuk kepuasan diri yang sebenarnya kalau difikirkan sementara sahaja. Ada ke orang yang sedang menipu aku? itu juga sedang bermain di kepala aku yang makin berkurangan helai rambut ni. Ditipu, tertipu, menipu dan penipuan? Semuanya berakar pada akar yang sama iaitu tipu. Sesuatu yang tak perlu ada dan perlu wujud dalam sifat manusia. Lebih-lebih lagi dalam mempermainkan insan yang lain. kenapa kita harus menipu insan yang tak kurang lebih seperti kita juga. Fikirkanlah wahai semua penipu-penipu didunia ini.


Salah satu jenis penipuan adalah berselingkuh kata orang Indonesia atau bermain kayu tiga. Mungkin juga ada diantara anda bukan hanya kayunya tiga mungkin lebih empat atau lima. Tak kira lah berapa kayu yang anda mainkan ia lebih kepada kepuasan diri yang hanya bersifat sementara. Kenapa ada diantara kita yang masih tergamak mengaku sayang atau cinta pada seseorang tapi dalam masa yang sama mencintai insan yang lain. Aku memang pelik pada perasaan yang sebegini. Apa mahu manusia seperti ini. Kalau nak diikutkan hati nak je aku campak kat sungai belakang rumah ni. biar tenggelam timbul sekejap. Tapi itulah hakikat manusia. Kalau tak takkan pelangi berwarna warni.

Boring, sekarang ni memang boring tahap dewa peringkat enam belas. boring dengan suasana, boring dengan keadaan diri sendiri dan boring dengan kehebatan manusia lain. Atau lebih diklafikasikan dengan perkataan jeles teramat. Jeles pada mereka yang sedang bahagia dan jeles bila ada kawan-kawan lebih beruntung dari kita. Tapi aku harap jeles ni buatkan aku lebih kuat berusaha. Lebih mengerti yang aku bukan lah paling hebat didunia. agar aku tak bongkak dan merapu pada yang kurang upaya.


Lesu, Longlai dan Lemah. Tiga perkara yang membelenggu kehidupan aku sekarang. Yang aku perlukan adalah boostup yang kuat dalam membawa kehidupan aku lebih bermakna. Kadang-kadang aku berasa aku kini sedang sakit yang tak ada ubatnya. Aku seringkali berasa yang aku sedang nazak menghadapi mati bila ku tewas dalam menghadapi masalah yang datang. Kelesuan ini membuatkan aku menjadi seperti mereka yang kalah dalam perjuangan. Seperti mereka yang hidup dengan serba kekurangan. Aku mahu bangkit dan bangun menghadapi segala yang mendatang. Mahu menang dalam setiap pertempuran yang tiba. Aku mahu menjadi pejuang semula, menjadi panglima hitam yang tak gentar akan apa-apa.


ALONE.... keramat sebenarnya perkataan ini padaku. Walaupun aku di suasana pesta namun aku tetap merasakan sepi dan sendiri. Apa yang kurang pada kehidupanku. Apa yang aku tak punya? Aku sadar dan cukup mengerti bahwa yang hati aku memang kosong memang sepi. Aku cukup mengharapkan tuhan menganugerahkan aku dengan pengisian akan kekosongan ini. Kerna aku sudah tidak berdaya lagi dalam kegelapan yang maha sunyi ini. Aku benar-benar inginkan teman untuk bercerita, untuk mengerti akan duka dan untuk berkongsi akan suka. Tapi aku tetap yakin yang waktu itu pasti akan tiba....

Dan ini yang kuharapkan dan tak payahlah aku bercerita lagi cukuplah semua mengerti apa yang ada difikiran ku.
see u guys in the next post, wasalam....

Monday, April 27, 2009

Salam Hormat Buat Semua

Salam semua,
Dah lama sangat sebenarnya page aku ni bersawang. Kalau spiderman tengok pun ble insaf tanak jadi spiderman dah. Memang sejak dua menjak ni hidup aku agak down skit. Agak penuh hal-hal yang menjadikan aku agak mengenepikan perkara-perkara lain, termasuklah blog kesayangan aku ni.
Dalam sebulan dua ni banyak sebenarnya benda yang aku alami. Banyak jugak tempat yang aku pergi. Dari tugas-tugas rasmi sampailah ke lawatan atau holiday peribadi. Insya Allah akan aku cuba selitkan di post kali ni. Tapi aku mintak maaf sangat pasal aku dah lupa kebanyakan tarikhnye. Hehhehe.

Majlis Makan Tengahari Bersama Pengerusi INSANIAH
Dato' Sri Azizan MB Kedah



Makan tengahari ini aku menempel kat hujung-hujung je. Nak harap muka aku masuk gambar jangan la pasal aku yang amik gambar. Tapi makan best nasi Ulam. Aku nak promote sikit tempat ni dimana hotel pertama di Malaysia dapat full acreditation halal. Nama tempat ni PNB Darby Park berdepan dengan Nikko Hotel dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari KLCC.


Hari Keluarga Aku di Rumah Persekutuan
Pantai Morib, Selangor






Hari Keluarga ni hanya beberapa minggu yang lepas, takde la ramai yang pergi lebih kurang 4 bijik kete je. Tapi jadi la. Sempat gak kami sambut besday makcik aku kat sana dengan sebuah kek dihiasi pizza kegemaran nenek aku. Aktiviti jangan cakap la best gak lebih-lebih lagi belah malam bila kami bergerak menangkap ketam waktu air surut. Mula-mula seram gak nak tangkap pasal takut kena kepit tapi akhirnya dapat la juga lebih 30 ekor ketam kami tangkap. Takde la besar mana tapi keasyikan meredah air mencari ketam tu yang lebih utama.
Ramai jugak yang aku tengok kat sini yang memasang jaring untuk menangkap ikan. nanti lagi sekali aku datang aku nak bawak jaring, baru lagi gempak.

Lawatan Sehari ke Kulim Hi-Tech

Kulim, Kedah



Ni pulak lawatan hormat serta ringkas ke Kulim Hi Tech Park. Ringkas tak ringkas lah habis juga sehari kami kat sini. Memang hi tech tempat ni. Banyak juga yang aku perolehi kat sini sampaikan tahu macam mana diorang buat krim-krim atau sabun yang dijual dipasaran. Kat sini peralatan bengkel dan lab memang klas A punye. Kalau mana-mana mereka yang berminat nak libatkan diri dalam bidang-bidang hi tech, ini lah tempatnye. Kalau ada niat nak buat produk kecantikan sendiri aku boleh tunjukan kat mana ble blajar.


Jemputan oleh Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol

Padang, Sumatera Barat Indonesia


Lawatan paling ringkas ke Indonesia setakat ini. Mana taknye aku hanya mengambil masa kurang 72 jam berada di Indonesia. Hanya dua malam je, dan membuatkan aku tak layak untuk membeli barang dikedai bebas cukai. Tensen betul.
Sebenarnya aku disini atas jemputan Menteri Agama dan Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol, Padang Indonesia. Kali ni aku pergi bersama Yang Berbahgia Dato rektor INSANIAH. Yg Berbahagia Dato membentangkan kertas kerjanya di Seminar Internasional Ekonomi Islam. Manakala aku memberi kuliah umum berkaitan Multimedia di Fakultas Dakwah pada sebelah petang. Aku tak sempat shopping ke apa ke. Pasal aku kena bergegas pulang ke Malaysia pada hari berikutnya.

Sekitar Pameran Kolej Universiti INSANIAH
di seluruh negara





Pada tahun ni sahaja INSANIAH telah menjalankan aktiviti-aktiviti pameran dan lawatan kerja promosi lebih dari 50 buah tempat di seluruh negara. Dan hasil pada tahun lebih dari 4500 orang yang memohon masuk ke INSANIAH. Syabas marketing team 2009. Biarlah orang nak kata apa Tuhan lebih tahu susah payah kita buat marketing.

Menjenguk Makcik Yang Dihidapi Denggi
Hospital Besar Kuala Lumpur


Sori la gambar makcik aku takde pasal dia sakit. hahahaha. Ni gambar cucu dia Brother Lokman, mean anak buah aku la. Dia ni memang gempak dan best fren aku bile turun KL.

Sebenarnye banyak bende lagi yang aku buat sebulan dua ni tapi aku takde gambar la nak tunjuk kat korang. tapi takpe la lain kali aku show off la mana yang patut.

by the way always in the right track k. see you guys in the next post. adios.... Assalamualaikum