Monday, April 27, 2009

Salam Hormat Buat Semua

Salam semua,
Dah lama sangat sebenarnya page aku ni bersawang. Kalau spiderman tengok pun ble insaf tanak jadi spiderman dah. Memang sejak dua menjak ni hidup aku agak down skit. Agak penuh hal-hal yang menjadikan aku agak mengenepikan perkara-perkara lain, termasuklah blog kesayangan aku ni.
Dalam sebulan dua ni banyak sebenarnya benda yang aku alami. Banyak jugak tempat yang aku pergi. Dari tugas-tugas rasmi sampailah ke lawatan atau holiday peribadi. Insya Allah akan aku cuba selitkan di post kali ni. Tapi aku mintak maaf sangat pasal aku dah lupa kebanyakan tarikhnye. Hehhehe.

Majlis Makan Tengahari Bersama Pengerusi INSANIAH
Dato' Sri Azizan MB Kedah



Makan tengahari ini aku menempel kat hujung-hujung je. Nak harap muka aku masuk gambar jangan la pasal aku yang amik gambar. Tapi makan best nasi Ulam. Aku nak promote sikit tempat ni dimana hotel pertama di Malaysia dapat full acreditation halal. Nama tempat ni PNB Darby Park berdepan dengan Nikko Hotel dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari KLCC.


Hari Keluarga Aku di Rumah Persekutuan
Pantai Morib, Selangor






Hari Keluarga ni hanya beberapa minggu yang lepas, takde la ramai yang pergi lebih kurang 4 bijik kete je. Tapi jadi la. Sempat gak kami sambut besday makcik aku kat sana dengan sebuah kek dihiasi pizza kegemaran nenek aku. Aktiviti jangan cakap la best gak lebih-lebih lagi belah malam bila kami bergerak menangkap ketam waktu air surut. Mula-mula seram gak nak tangkap pasal takut kena kepit tapi akhirnya dapat la juga lebih 30 ekor ketam kami tangkap. Takde la besar mana tapi keasyikan meredah air mencari ketam tu yang lebih utama.
Ramai jugak yang aku tengok kat sini yang memasang jaring untuk menangkap ikan. nanti lagi sekali aku datang aku nak bawak jaring, baru lagi gempak.

Lawatan Sehari ke Kulim Hi-Tech

Kulim, Kedah



Ni pulak lawatan hormat serta ringkas ke Kulim Hi Tech Park. Ringkas tak ringkas lah habis juga sehari kami kat sini. Memang hi tech tempat ni. Banyak juga yang aku perolehi kat sini sampaikan tahu macam mana diorang buat krim-krim atau sabun yang dijual dipasaran. Kat sini peralatan bengkel dan lab memang klas A punye. Kalau mana-mana mereka yang berminat nak libatkan diri dalam bidang-bidang hi tech, ini lah tempatnye. Kalau ada niat nak buat produk kecantikan sendiri aku boleh tunjukan kat mana ble blajar.


Jemputan oleh Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol

Padang, Sumatera Barat Indonesia


Lawatan paling ringkas ke Indonesia setakat ini. Mana taknye aku hanya mengambil masa kurang 72 jam berada di Indonesia. Hanya dua malam je, dan membuatkan aku tak layak untuk membeli barang dikedai bebas cukai. Tensen betul.
Sebenarnya aku disini atas jemputan Menteri Agama dan Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol, Padang Indonesia. Kali ni aku pergi bersama Yang Berbahgia Dato rektor INSANIAH. Yg Berbahagia Dato membentangkan kertas kerjanya di Seminar Internasional Ekonomi Islam. Manakala aku memberi kuliah umum berkaitan Multimedia di Fakultas Dakwah pada sebelah petang. Aku tak sempat shopping ke apa ke. Pasal aku kena bergegas pulang ke Malaysia pada hari berikutnya.

Sekitar Pameran Kolej Universiti INSANIAH
di seluruh negara





Pada tahun ni sahaja INSANIAH telah menjalankan aktiviti-aktiviti pameran dan lawatan kerja promosi lebih dari 50 buah tempat di seluruh negara. Dan hasil pada tahun lebih dari 4500 orang yang memohon masuk ke INSANIAH. Syabas marketing team 2009. Biarlah orang nak kata apa Tuhan lebih tahu susah payah kita buat marketing.

Menjenguk Makcik Yang Dihidapi Denggi
Hospital Besar Kuala Lumpur


Sori la gambar makcik aku takde pasal dia sakit. hahahaha. Ni gambar cucu dia Brother Lokman, mean anak buah aku la. Dia ni memang gempak dan best fren aku bile turun KL.

Sebenarnye banyak bende lagi yang aku buat sebulan dua ni tapi aku takde gambar la nak tunjuk kat korang. tapi takpe la lain kali aku show off la mana yang patut.

by the way always in the right track k. see you guys in the next post. adios.... Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment