Saturday, November 29, 2008

Hujung Minggu di Kaki Gunung Jerai dan Alor Star Mall

Ni kali pertama aku buat posting dalam sehari dua kali. Aku pikir kalau aku bertangguh memang lambat lah lagi aku nak post ni. Hari ni aku meneruskan lagi pengembaraan aku di sekitar negeri Kedah ni dengan mengunjungi sebuah kawasan rehat yang terkenal iaitu Gunung Jerai. Gunung Jerai merupakan gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia dan yang kedua di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Ketinggiannya lebih kurang 1380 meter dari paras laut.
Aku memulakan perjalanan pagi ni pada jam 10 pagi bertemankan Atif yang juga warga negara Pakistan. Kaki gunung jerai ni terletak lebih kurang 40km dari bandar Alor Star. Jadi taklah jauh sangat cuma aku ikut jalan persekutuan banyak skit kete dan tak boleh bawak laju. Aku tiba di sini lebih kurang 45 minit perjalanan. Cuaca pagi ni hujan sedikit, tapi aku gagahkan jugak. Kaki Gunung Jerai yang aku maksudkan ni terletak di Daerah Yan.Setibanya aku di kaki gunung suasana memang agak sejuk pagi ni tapi ditambahkan lagi dengan hujan rintk-rintik dan yang palinng mengejutkan aku adalah kawasan yang dinamakan pusat rekreasi ini sunyi sepi tanpa pengunjung. Pada mulanya aku berfikir mungkin kerna cuaca hujan, tapi setelah aku selidiki bahwa sudah berbulan kawasan ini sunyi sepi kerana masalah tanah runtuh yang mengakibatkan pelancong tidak dibenarkan untuk naik keatas gunung. Cuma mereka yang mempunyai tugas rasmi dibenarkan naik keatas.
Aku sempat bertanya bila agaknya ia akan dibuka semula, seorang pemandu pelancong disitu berkata mungkin lagi 3 atau 4 bulan. Mangggaaaii lamanya. Jika segalanya ok korang boleh menggunakan khidmat membawa peloncong ke atas dengan hanya dikenakan caj seorang RM 10. Diatas ni dikatakan ada sebuah chalet yang boleh ditempah, dan kerana kejadian ini operasi chalet berkenaan terganggu. Pemandu pelancong disini juga berkata yang chalet atau motel ini sedang dinaik taraf ke hotel bertaraf 3 bintang. Maybe satu hari bila dah siap bolehlah aku pergi kot.
Selepas menginterview pemandu-pemandu pelancong lebih kurang aku dan Atif pu mengambil keputusan untuk berpatah semula ke Alor Star. Sebelum sampai ke kawasan rumah aku terlihat satu bangunan baru yang belum pernah kami terokai, iaitu Alor Star Mall. Kalau dengar dek orang Alor Star ni mau kena gelak, ye la dah hampir setengah tahun duduk sini belum jejak lagi di mall ni. kalau nak ikutkan mall ni hanya teletak tak sampai 2 kilometer dari rumah aku. Hahahaha.Alor Star mall ni aku boleh gambarkan seperti Alpha Angel Wangsa Maju. Best la jugak, yang penting kat sini ada cineplex. Aku dan Atif sempat juga tengok wayang kat sini cerita James Bond yang baru. Korang nak tau brape orang viewernye ada la dalam 15 orang tupun pasal ada satu Chinese family bawak anak beranak, kalau tak kosong la kot.
Lebih kurang jam 2 cerita tu pun habis aku pun hantar Atif pergi office jap dan aku pun sambunglah keenakan membantal dihujung minggu.
Oklah adioss buat masa ni, aku harap aku dapat cerita sikit tentang Medan lagi skali kat korang sebelum aku pergi kesana 3 haribulan ni. Yahoooo tiket dah beli. See u guys di post yang lain.

Sesi Fotografi Di Muzium Padi dan Kota Kuala Kedah

Sesi ni sebenarnya last week, cuma aku baru je transfer gambar dari camera kejap ni. Hahahaha. Masa sesi ni yang ada aku, Faiz dan Atif je. Kami ni memang havoc kalau di bagi berjalan. Memang satu kepala la. Kalau teragak berhenti kami berhenti la kalau jalan terus jalan terus aja.
Tempat pertama kami tuju adalah Muzium Padi Alor Star, muzium ni terletak dibawah kaki Gunung Keriang, lebih kurang 15 minit dari bandar Alor Star. Seni binanya agak unik, satu bulatan tengah yang di kelilingi beberapa bulatan kecil kalau tak silap aku semuanya ada enam. Apa ada didalam meh kita masuk. Aku bahagikan muzium ni kepada 3 bahagian, ground floor, basement dan first floor. Ground floor ni merupakan pintu masuk ke muzium, terdapat pelbagai gambar lukisan berkaitan padi dan negeri Kedah secara amnya. Painting ni besar sangat memang tak boleh bawak balik la kalau ada yang nak curi. hehehe. Basement pulak menempatkan peralatan industri padi dari jenis lama ke jenis baru, cuma yang besar cam mesin pengisar padi dorang tak bawak masuk la. Yang paling best tingkat satu dimana masa kami datang tu kena beratur nak naik floor ni. Floor ni takleh naik ramai-ramai pasal kat sini ada lukisan terpanjang, aku tak tahu terpanjang dimana di Kedah kot. Lukisan ni dalam bulatan jadi bila kita kat situ lantai tempat kita meninjau lukisan ni akan bergerak sedikit demi sedikit. Bergerak pun agak slow jadi nak habis satu pusingan adalah dalam 15 minit, boring gak. Tapi Lukisan dia best, pasal dia menggambarkan yang anda berada dipuncak Gunung Keriang dan anda boleh lihat dari view gunung ni la.Bila dah penat melawat Muzium ni kami pun bergerak menuju Fort Kuala Kedah atau dulu dikenali sebagai Kota Kuala Bahang. Kota ni lebih kurang 15 KM dari bandar Alor Star. Dorang claim kota ni kota yang tertua di belah utara tanah air. Ia dibina kira-kira pada tahun 1600 dan pernah dimusnahkan oleh tentera Acheh, Bugis dan Siam. Banyak juga angkatan tentera yang pernah menduduki kota ini termasuklah Portugis dan Jepun. Kalau lihat sekarang dah tak banyak yang tinggal adalah beberapa struktur benteng pertahanan, meriam-meriam yang dah berkarat dan pintu kota yang megah berdiri.
Ok kalau anda datang ke Kedah jangan lupa ke kedua-dua tempat ni, wajib kalau sampai Kedah. Adios Jumpa anda di next post.

Friday, November 28, 2008

Sepetang di Simpang Kuala, Alor Star

Simpang Kuala ni sebenarnya memang dalam bandar Alor Star. Cuma di agak tersembunyi sikit kalau sape yang tak tau susah la. Apa yang best tentang Simpang Kuala ni? Kat sini terletaknya Court Mammoth Alor Star, Pasaraya Sakan pun ada, KFC ada satu dan macam-macam kedai la. Kalau sekali pandang macam berada kat area sunway, pasal majority kat sini adalah mereka yang berbangsa Cina.Yang paling bestnye kat Simpang Kuala ni adalah di waktu petangnya, pasal bila waktu petang setiap hari akan ada pasar petang. Kat pasar ni anda boleh dapat pelbagai barangan harian termasuklah makanan laut yang segar dengan harga yang cukup murah. Kat sini gak korang boleh dapat makanan laut atau darat yang korang tak terpikir seperti pelbagai jenis siput atau ikan belut.Kat sini gak dorang jual makanan siap masak seperti laksa dan laksam Kedah, kuih-muih yang pelbagai jenis yang korang takkan jumpa kat tempat lain, sup-sup yang pelbagai perisa dan macam-macam lagi la. Aku sempat la mengetest laksam kedah, memang lain, kalau di belah pantai timur tu kuahnya putih dan bersantan tapi kat sini kuahnya cair macam laksa biasa. Aku pun sempat membeli buah berangan setengah kilo RM 5 dan sebuku roti dan kaya. Roti ni bukan roti biasa tapi yang macam old school punye, roti buku ke orang panggil.
Jadi kalau ke Alor Star jangan lupa ke Simpang Kuala. Adiooos see u guys in the next post.

Wednesday, November 26, 2008

Seputar hujung minggu di Padang Besar dan Gunung Keriang

Sebenarnya page ni aku patut tulis lebih kurang lima hari yang lalu, tapi belum berkesempatan atau lebih dikenali dengan 'malas bebeno teman ni'. Lagipun dua tiga menjak ni broadband aku ni lembab gile, hahaha ni satu lagi alasan yang aku bina sendiri.
Hari Jumaat yang lepas 21 November aku ngan En Faiz memulakan perjalanan kami dari Alor Star pada jam 8 45 pagi waktu tempatan. Kami mengambil Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Padang Besar. Walaupun lebuhraya ni tak menunjukkan tujuan ke Padang Besar anda bolehlah mengikut tujuan ke Kangar kalau tak biasa la. Perjalanan kami ni menempuh Pekan Changlon, kat sini korang boleh nampak banyak perhentian bas atau kereta yang melakukan hentian terakhir bila nak masuk ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Biasanya perjalanan yang menuju ke Hatyai akan berhenti disini.
Selepas melepasi Pekan Changlun kami mengambil arah kiri melalui lebuhraya Kuala Perlis - UUM (Sintok), kalau anda menyusuri je lebuhraya ni anda pasti sampai ke Kuala Perlis yang membolehkan anda mengambil feri ke Langkawi. Tapi aku dan Faiz mengambil jalan pintas melalui Chuping (Perlis). Chuping ni kalau korang nak tau merupakan pengeluar terbesar gula di Malaysia. Ladang tebu dia jangan cakaplah macam laut luasnya.
Aku ngan Faiz apa lagi memulakanlah aksi-aksi hero kami di depan ladang tebu ni. Kalau korang datang sini korang mesti tak percaya pada keindahan yang ada kat sini, macam tak sangka view ni kita boleh dapat kat Malaysia, Malaysia Boleh.Kami sampai di Padang Besar ni kira-kira dalam sejam suku perjalanan, walaupun jika anda memandu tanpa henti dalam sejam boleh sampai, tapi kami sibuk bergambar di pelbagai tempat jadi kami pun sampai agak lewat. Pekan Padang Besar ni kecik je, yang paling menarik kat sini ialah kawasan membeli belahnya yang kalau masa cuti sekolah camni banyak la kedai bukak. Kalau tak agak sunyi.Tempat pertama yang kami tuju ialah Food Court, mamamia makan le. Pasal kami keluar tadi belum breakfast lagi. Aku dah tau apa nak makan dah kat sini. Pastinya Pulut Ayam, pulut ayam ni adunan nasi pulut, ayam goreng, bawang goreng dan sambal. Memang simple je tapi mangggaiii Tuhan je tau bila aku rindu nak makan pulut ayam ni.
Lepas je pekena pulut ayam kami pun ronda-ronda kedai dan gerai yang ada kat sini. Banyak gak la aku membeli dan membelah, biasa la aku ni gile shopping skit. Pasal kat sini barang cukup murah. Yang banyak aku ble adalah barang yang takleh dapat kat KL atau Alor Star. Limau Bali kalau kat sini 3 biji RM 10 je, besar-besar lak tu. Aku sempat beli satu pokok ong atau pokok wang, kalau kat Alor Star yang besar aku beli ni dalam RM 35 kat sini RM 10 je. Penuh juga la bonet kete aku dengan barang shopping kita orang. Dalam lebih kurang dua jam setengah meronda Padang Besar kami pun dah penat. Jadi start kete la, kami bertolak balik ke Alor Star tapi kali ni kami memilih untuk menempuh bandar Kangar ibu negeri Perlis Indera Kayangan. On the way balik ni kami sempat singgah di beberapa tempat untuk mengambil gambar seperti Empangan Timah Losoh dan beberapa bendang yang cantik-cantik kat situ.
Kami sampai rumah dalam pukul tiga petang. Masing-masing dah penat gile dah dan aku mengambil langkah bijak untuk zzzzz jap.Tepat jam 5 setengah petang kami pun cargas lagi menuju destinasi baru iaitu Gunung Keriang. Tempat ni dalam 20 minit je dari rumah. Dari jauh kalau kita dapat tengok Gunung Keriang ni memang amazing, lagi-lagi bila kita lihat ada sawah didepan. pergghhhhh masyuk siut. Gunung Keriang sebenarnya tempat orang pegi istirehat pasal kat sini ada taman alam gitu, kalau ada yang larat memanjat boleh je naik sampai atas. Tapi kami kat bawah je, kalau kat bawah ni ada barisan gerai yang menjual batu-batu kristal yang di ambil dari Gunung Keriang ni. Murah-murah je harga dia. Datang sendiri baru tau.Kami tak lama kat sini lebih kurang sejam kami pun bertolak ke Kuala Kedah nak makan malam kat satu seafood restaurant kat sini. Seafood kat sini memang best. Faiz order Ikan krapu masak sweet sour, sotong goreng, kailan ikan masin dan kedai ni biasanya akan bagi side order dengan percuma iaitu kuah kari dan keropok sayuran. Kami pun santap la sampai kenyang. heheheh.
Abih je makan masing-masing dah serender untuk berjalan lagi. Kami mengambil keputusan untuk terus pulang je. bantal busuk aku menanti kehadiran air liur yang baru. heheheh.
Adiosss see u guys in next post..... Salam


Tuesday, November 18, 2008

Tepi Sawah Delight


Hari ni aku sempat la memboloskan diri bersama kengkawan sepermainan di pejabat ke sebuah kedai makan yang terletak di sebelah bendang ni. Dari office aku adalah kira-kira dalam 15 minit perjalanan. Kalau sebelum puasa boleh kata seminggu 2, 3 kali aku ke sini. Pasal masakan dia ala kampung dan yang best kita boleh request pak cik tu goreng ikan termenung masa tu jugak. Kalau kesini aku biasanya ratah ikan termenung ni la. OOO by the way ikan termenung ni orang Kedah la panggil kalau kat KL orang panggil ikan kembung tapi saiz kecik la.
Mengikut kawan-kawan kat sini ikan termenung ni yang paling popular di Kedah, pasai ikan ni yang paling banyak tangkapan di negeri ni. Ada kala harga pasaran tempatan boleh semurah seringgit sekilo. Ikan kat sini biasanya memang fresh lagi-lagi bila makan panas-panas baru dimasak. Kat kedai ni dia jual ikan termenung ni seringgit seekor. Kalau orang Alor Star makan kat sini dia makan sampai 5 ekor sorang kalah kucing kat umah aku. Rekod aku stakat ni 4 ekor je tupun dah serender dah.
View dia pulak punye la best kerana dihadapan kedai makan ni sawah padi terbentang luas, sejauh mata memandang. Jadi angin pun sepoi-sepoi bahasa hindustan la nak habaq mai. Kalau datang Alor Star jangan lupa makan ikan termenung ekkk.

Mata Yang Mencuri Hati

Dah tiga hari net aku problem. Tension betul, baru hari ni ok. Hari ni aku nak berbincang skit mengenai persoalan mata. Mengapa mata bukan deria lain yang dianugerahkan Tuhan kepada kita. Pada aku mata ni deria yang paling hebat, deria yang paling awal menentukan sesuatu perkara. Dengan mata kita menilai seseorang, tapi ada orang kata guna hati untuk menilai sesuatu, pirahh. Aku cuma bercakap melalui nilai-nilai sebenar bukannya omong kosong atau kata-kata manis untuk menjadi orang yang baik. Baikkah anda bila anda sering berpura-pura dan tak mahu mengakui yang diri kita ni punya banyak kelemahan. Kalau ada yang masih mahu menegakkan benangnya yang bukan sahaja basah malahan ditiup anginpun boleh putus, insaf-insafkan lah diri kita ni. Berkata benarlah walaupun ianya sepahit hempedu.
Bila kita mula mengenali seseorang walaupun kita cuba nafikan matalah yang pertama membuat penilaian. Suka atau tidak kita kepada sesuatu perkara. Kata orang dont judge a book by its cover, pirahhh. Kalau dah cover buku tu comot, penuh lumpur, selekeh, berbau dan ada plak mempamirkan perkara-perkara yang menjijikan anda mahu belek, kemudian mentelaah isi dalamnya. Fikirkanlah. Walaupun isi dalamnya seindah purnama secantik bahasa namun jika penampilannya sehina dina apa guna isi yang cantik. Aku masih teringat kata-kata pak ustaz dulu, Hati yang bersih akan tergambar pada wajah seseorang. Kita tak perlu hensem atau cantik seperti bintang filem tapi cukup jika penampilan yang bersih dan sempurna. Ramai je aku tengok orang cantik dan hensem tapi pakaian Masya Allah, Tuhan je lah yang tahu. Dan ramai juga yang dah la tak cantik dan tak hensem pakaian pun selekeh nak mampus.
Jadi mata ni cukup penting la bagi aku. Bak kata orang dari mata turun ke hati, ewah. Ni orang putih panggil love in first sight. Ada orang tak percaya dengan cinta yang macam ni. Ada orang lebih percaya dengan learning love ataupun berlajar mencintai seseorang. Bagi aku kedua-dua ada kelebihannya. Semua orang kalau boleh nak dapat cinta pandang pertama ni. Cinta yang dikatakan dapat menggegar hati dan minda. Macam cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai tu.
Aku cukup percaya yang cinta pandang pertama lebih kuat dari cinta yang kita cuba belajar. Kenapa bagi aku cukup mudah, alasannya begini. Tuhan memberi sifat kepimpinan kepada orang tertentu dan mereka mempunyai aura untuk menjadi pemimpin. Tapi sifat ini boleh juga kita pelajari. Seorang yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan dengan sendirinya akan lebih menonjol bila dia berada dikalangan orang ramai. Dia tak perlu membuat-buat yang dia adalah pemimpin. Ini pemberian Allah pada sesetengah orang. Begitu juga aku mentafsir sifat cinta pandangan pertama, cinta itu Allah yang letakkan dengan tiba-tiba. Berlainan dengan cinta yang kita pelajari. Benar cinta yang satu lagi nipun pemberian Allah tapi dengan usaha kita. Mana anda lebih rasa best hadiah pemberian atau sesuatu yang anda kena berusaha untuk membelinya. Jangan cuba nak bohong, pasti ada yang kata bila kita berusaha ia akan jadi lebih bernilai. Itu cuma ayat untuk menyedapkan hati anda. Tapi cuba ada barang free yang bagus dan mahal pulak tu, hanya orang yang bodoh akan mengatakan, saya taknak lah pasal saya rasa saya ingin berusaha untuk mendapatkannya dengan titik peluh saya. Beb berpijak dibumi yang nyata lah bukan hidup dialam mimpi, hari dah pagi ni.
Ada juga mengatakan yang kalau senang dapat senang pula hilangnya. Perkara pemberian dan kehilangan cukup berbeza satu di pangkal dan satu dihujung cerita. Sekarang yang penting isi ceritanya. Bagaimana anda mengolah isinya itu tugas anda. Baik isi cerita baik pula akhirnya, kalau anda sendiri tak dapat menjaga cinta anda jangan salahkan titik permulaan yang anda rasa best tadi. Jangan jadi seorang yang banyak memberi alasan dan menyalahkan sesuatu yang lain. Kenapa bila rumah runtuh anda menyalahkan angin sedangkan rumah yang anda bina bukan sahaja angin semut pun boleh meruntuhkannya.
Jadi fikirkanlah. Mereka yang banyak memberi alasan dan menyalahkan orang lain tak lebih seperti orang yang hilang pedoman dan arah tujuan.

Thursday, November 13, 2008

Sajak Membesuk Hari Mati


Kubesuk hari kematianku,
Dalam nada sepi, sunyi,
Hanya lolongan yang bakal senyap satu ketika nanti,
Yang tinggal sendiri hanya aku,
Mencari ketenangan serta redha-NYA,
Aku hanya kelmarin yang dipinjam dalam sedar,
dibawah pudar,

Sekali lagi aku membesuk hari matiku,
Longlai jasad dikapan putih,
Sebentar lagi bakal reput dimakan tanah,
Siapa aku tika itu,
Dan aku juga harus bertanya siapa aku semalam dan hari ini,
Ga' ada beza mungkin,
Sia-sia aja hidupku,
Sia-sia aja sembilan bulan kandungan ibu,
Aku yang kini terpana menunggu waktu.

Besukan ini terlalu sedih,
Hati ini makin merintih,
Menjauhi hari kelahiran,
Yang mendatang hanya sebuah kematian,
Aku yang pasrah menanti rebah,
Menanggung saat kematian yang buat diriku punah....

fathi alias 2:52pm, 13 nov 2008 alor star


ps: Ingatlah Kematian Bukan Satu Cerita Ia Adalah Janji Tuhan

Tuesday, November 11, 2008

Seputar Lawatan Kerja ke Sekolah-sekolah sekitar Alor Star, Kedah

Salam,
Dah dua hari sebenarnya aku membuat lawatan kerja ke beberapa buah sekolah sekitar Alor Star, Yan dan Pendang, Kedah. Kesemua sekolah yang aku kunjungi adalah sekolah menengah kebangsaan agama atau agama penuh, atau.... lebih dikenali oleh orang Kedah sebagai sekolah Arab. Jadi menjadi ustaz la aku sekejap. hehehehe.
Salah sebuah sekolah yang aku kunjungi adalah sebuah sekolah yang tersohor di Kedah iaitu SSekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya). Sekolah ini dulu pernah digemparkan dengan kejadian kebakaran yang meragut nyawa 12 orang pelajarnya. Walaupun masa tu aku masih di sekolah rendah kalau tak silap akulah atau early secondary school, tapi kejadian yang begitu menggemparkan negara itu masih segar diingatan. Untuk pengetahuan anda semua selain Kelantan, Kedah merupakan negeri kedua yang memiliki Sekolah Pondok yang terbanyak. Kedah juga telah banyak melahirkan Ulama-ulama tersohor negara. Dan jangan kita lupa sekolah-sekolah pondok juga menyumbang kepada gerakan-gerakan memperjuangkan kemerdekaan negara kerana sekolah pondok ini amat rapat dengan universiti-universiti Islam yang terkenal terutama Al-Azhar.
Jika dulu Pondok Pak Ya ini (digelar sebegitu kerana ia diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Yahya, Pak Ya) memiliki pelajar yang hampir kepada angka 2 ribu orang, namun oleh kerana beberapa masalah dalaman kemasukan pelajar ke Pondok ini makin berkurangan. Aku harap perkara ini tidak berpanjanganla.
Alah merapek pulak aku ni. Sebenarnya tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan ikatan silaturahim dengan sekolah-sekolah didalam negeri Kedah dengan INSANIAH Universiti. dan secara tak langsung memperkenalkan program-program baru di Universiti nie. Jadi aku dengan Ustaz Azki Hafizi, Pengarah Perhubungan Awam pun meronda-rondalah ke setiap pelusuk negeri... Tapi Ustaz Azki la yang banyak membuat kerja, aku ni kan baru kat sini, aku cakap style Kedah orang ingat aku cakap Indonesia, hampeh betul.
Tapi hari ni yang paling menarik apabila kami ke Sekolah Menengah Agama Kedah yang terletak kira-kira 1 km dari universiti kami. Lawatan yang sepatutnya mengambil masa 1 ke 1 jam setengah berakhir kira-kira 3 jam. Kenapa? Bagi aku walaupun agak lama kami disana ia amat bermakna dan penuh dengan perbincangan yang hangat dan penuh ilmu. Hari nie aku banyak belajar dari seorang pengetua yang sudah berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan. Dan perbincangan kami juga berkitar tentang soal pentadbiran. Penuh harddisk (otak) aku hari ni. Nasib baik aku bawak thumb drive (buku nota).
Disini aku nak ambik kesempatan menceritakan serba sedikit mengenai INSANIAH Universiti, ia merupakan sebuah Kolej Universiti milik penuh kerajaan negeri Kedah Darul Aman. Ia ditubuhkan kira-kira 13 tahun yang lalu dengan dimulakan sebagai Ma'ahad Tahfis. Setelah itu ia berkembang dengan memiliki beberapa program diploma didalam bidang bahasa arab, usulludin dan Syariah. Dalam tahun kebelakangan ini Kuliyyah (fakulti) Muamalat pula diadakan. Pada pertengahan tahun ini seorang pengemudi INSANIAH yang baru dilantik. Prof. Dr. Dato' Jamil Osman mantan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dilantik menjadi Rektor kepada universiti ini. Dalam enam bulan pertama pentadbirannya beliau telah menyuntik 30 program professional baru di Univerisiti ini. Dari Program PHD ke peringkat diploma diperkenalkan. Beberapa fakulti baru juga ditubuhkan seperti, Fakulti Multimedia dan Kreativiti, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Kejururawatan. Yang Berbahagia Dato' Rektor juga merancang beberapa fakulti baru akan ditubuhkan pada tahun hadapan.
Dahla tu banyak sangat boring je nanti. Ok lah thanks pasal baca repekan aku ni. walau tak tentu hala butirnya. Tapi aku harap aku akan dapat terus menulis.
Mengubah masyarakat perlu kepada mengangkat makna sebenar perubahan. fikir-fikirkanlah

ps - thanks to nurul shuhada for helping me in building this blog. thanks beb

Saturday, November 8, 2008

Meniti Petang di Bukit kayu Hitam

7 Nov 08, Bukit Kayu Hitam. Emmm dah banyak kali aku nak tulis tentang perjalanan aku ke Bukit Kayu Hitam dua hari lepas. Tak banyak yang boleh aku kongsi. Aku mulakan perjalanan kira-kira jam 1230 tengahari dari Alor Star. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit untuk aku tiba ke pekan Bukit Kayu Hitam. Perjalanan yang melalui Jitra, Changlun dan sebagainya. Aku sempat lah menunaikan solat jumaat ku di sebuah masjid dekat pintu masuk sempadan Malaysia Thai ni.

Kalau ditanya apa yang aku cari kat sini, aku pun tak tahu. bukan tak pernah sampai, tapi hati aku nak pergi juga petang ni. Manalah tau ada tempat2 yang aku belum try lagi. Dulu masa family aku sibuk gi Hatyai kami memang akan melalui pintu sempadan ni. Tempat bas berhenti sebelum masuk ke sempadan juga masih sama. Kalau dulu sebelum kami sekeluarga merubah hala percutian ke Indonesia kami memang selalu pergi ke Thailand. Kalau orang mesti salah anggap punye. Macam tu juga kalau pergi ke Medan mesti orang ingat nak cari Ayam. Tapi kami sekeluarga memang tak peduli itu semua, yang kami tahu kalau nak buat jahat dalam rumah sendiri pun boleh. Jadi pikirlah sendiri.

Aku masih ingat satu waktu kami sekeluarga memasuki sempadan Thai dipintu masuk Rantau Panjang, kami dikejutkan dengan satu pesta Thai yang kami sendiri tak tahu iaitu pesta air. Best tak best la habis mandi aku hari tu. Mandi bukan dengan air biasa tapi mandi dengan air batu. Tapi best la tengok satu bandar perang air dan bedak. Sampai polis pun ikut main. Kalau tengok polis masa tu tak rupa polis dah macam hantu kapur pun ada. Pesta ni dikenali sebagai Songkran Festival dan berlansung pada 13 - 15 April setiap tahun. Kalau nak rasa meriahnya pesta ni korang kena try sendiri. Aku dah rasa tapi masa tu lepas balik KL demam la seminggu. Mana taknya masa tu kena mandi dengan amoi-amoi sawadikap ni, seram sejuk aku. HEHEHEHE.

Berbalik dengan perjalanan aku ke Bukit Kayu Hitam, lepas Sembahyang aku pun mencari-cari Kedai untuk melapik perut. Kot-kot ada Pulut Ayam, masakan Thai yang paling aku geram, tapi sia-sia je harapan aku. Kalau kat padang Besar aku dah tahu kedai mana yang nak aku tuju. Tapi kat sini memang takde apa, senang kata. Jadi aku pun labuhkan punggung aku disatu gerai. Nasi Daging Merah satu, itu lah yang aku order, dengan harapan masakanya nanti ala-ala Thai la. Tapi alaaaa, boleh la nak alas perut. Kalau Nasi Daging Merah bagi aku yang paling best adalah di Pasar Basah Hatyai, tingkat atas. Aku kalau sampai sana mesti pergi gerai ni. Kalau kat Hatyai memang senang nak cari masakan Halal. Orang Islam bersepah. Jadi kalau korang pergi sana mesti perkena kat kedai ni ok. Lagi satu kat pasar ni korang boleh pekena nenas manis yang dorang potong kat situ untuk korang.
Aku mula ringankan perut tanya tukang masak kat kedai tu yang tempat mana aku ble pegi lagi kat sini. Dia kata cuba masuk pitnu sempadan pegi kompleks bebas cukai. Lepas tu aku start la kete aku menuju tempat yang diberitahu. Kena lalu imigresen tapi tunjuk KP je. Sesampai aku kat situ aku pun masuk le ke kompleks ni. Macam mall tapi bersaiz kecil. Dalamnya berhawa dingin. Aku mula la menilik satu-satu barang disitu. Mula-mula aku ke kedai coklat, mak aiii, ni kedai bebas cukai ke wajib cukai. Minggu lepas ketika di Langkawi aku sempat membeli coklat berjenama cadbury, (dairy milk snack, 250g). Harga disana 2 bungkus 250g RM 10, kat sini plak satu je RM 13.90. Tu yang aku terkejut tu. Barang-barang lain aku rasa pun mahal-mahal gak. Tapi ramai gak orang yang shopping tak ingat. Beli macam tak pernah shopping. Yang aku tahu barangan kaca ok sikit rasanya.
Kira-kira sejam, tak sampaipun sebenarnya, parking kat sini kena la singgit. Aku pun berpatah balik melalui pintu masuk Bukit Kayu Hitam. Kat Imigresen lepas, rupanya ada tol plak, cehhh kena RM 1.60. Kat Kastam aku kena bukak bonet. Macam aku ni penyeludup lak rasanya. Tapi takpela kastam tu jalankan tugas dia je, aku kasi tahu yang aku pegi tengok-tengok kat Kompleks Bebas Cukai dorang pun kasi aku lepas. Dengan rasa senang hatinya aku meluncurkan gen2 W**6850 terus menuju Alor Star.

Dalam perjalanan pulang sempat aku singgah di Changlun untuk membeli buah bali, 4 RM 10. Ala kecik-kecik je. Tapi manis dan lazat gak. Breakfast aku esok, hahahah.
Aku tiba lebih kurang jam 5 di Alor Star, bukan apa, sesampai di Jitra aku memilih untuk melalui jalan lama bukan jalan tol. Banyak juga tempat aku berhenti untuk meninjau kawasan. Sudah hampir empat bulan aku kat sini ni baru nak jelajah kawasan. Tapi takpe bak kata kawan aku kita kayuh pelan-pelan, Insya Allah sampai. Ok Adios, jumpa lagi di waktu yang lain. Kata orang luas pandangan luas pengetahuan, tapi bagi ku setiap yang aku lalui harus difikirkan kerana tanpa berfikir pengetahuan takkan berkembang menjadi pengalaman.

Thursday, November 6, 2008

Indonesia Sedang Menggamitku Datang

Kalau nak bercerita tentang INDONESIA kasi kat aku, sehari semalam aku buleh bercerita. Dari kehidupan selepas Tsunami di Aceh hinggalah keunikan pantai di Pulau Lombok sebuah pulau bersebelahan dengan Pulau Bali.
Kalau buku-buku bacaan ku juga banyak yang diterbitkan oleh negara ini. Kenapa Indonesia? Begitu banyak alasan yang boleh aku beri. Pergilah kesana sendiri anda akan tahu apa yang istimewanya dengan negara ini. Disini akan ku ceritakan serba sedikit pengalaman ku di tanah tumpah datuk moyangku ini.
Kali ini aku memilih Medan sebagai lokasi pertama ceritaku. Medan sebuah destinasi utama pilihanku kalau ke Indonesia. Selain aku memiliki saudara rapat disana ia akan memanggilku untuk datang setiap tiga bulan. Dibumi ini aku pernah sekali jatuh cinta, sesuatu yang sampai kehari ini membuatkan aku terawang-awang tanpa tujuan. Mungkin? Cinta yang tak kesampaian rasaku.
Memiliki populasi yang hampir sama dengan kota metropolitan Kuala Lumpur, Medan bagai menjanjikan satu kesibukan yang maha luar biasa. Anda boleh memilih pelbagai cara untuk ke Medan. Melalui penerbangan terus Kuala Lumpur - Medan, Penang - Medan dan Ipoh - Medan, dengan menggunakan beberapa syarikat penerbangan utama negara MAS dan Air Asia juga penerbangan-penerbangan Indonesia seperti Lions Air, Jentayu Air dan lain-lain. Selain itu anda boleh juga memilih jalan laut dari pelabuhan Penang yang akan tiba terus ke pelabuhan Medan iaitu Belawan atau dari Pelabuhan Klang menuju ke Pelabuhan Tanjung Balai yang anda harus menaiki Bas atau keretapi menuju ke Bandar Medan. Pilih sahaja transpotasi anda. Kalau aku pasti aku lebih memilih penerbangan Air Asia yang lebih ekonomi. Harga tiket boleh didapati semurah RM 260 sehingga RM 450 mengikut waktu tempahan anda. Jika anda dari Penang agak mudah anda mendapat tiket yang murah.
Kota Medan, jika mereka yang tidak suka akan kesibukan pasti membencinya, kehidupan yang tidak pernah sunyi pada waktu apapun. Tapi keunikan pada kotanya tetap terserlah dengan menjanjikan seribu rahsia. Anda mahu saya bercerita tentang apa? Siangnya atau Malamnya. Medan seperti kota-kota lain di Indonesia memiliki limpahan shoping-shoping complex dengan menjanjikan satu pengalaman berbelanja yang tidak terbayang dari segi berharganya wang ringgit. Di sini anda boleh mendapat kasut lelaki semurah RM 30, atau kasut buatan tangan yang hanya bernilai RM 50. Belum lagi aku bercerita tentang sandal ku yang berjenama yang hanya ku beli dengan harga RM 40 dan harga sebenarnya RM 250. Original ! mestilah, siap ada sijil lagi. korang ingat buat belakang rumah. Tapi kena pandai memilihlah. Silap pilih nahas.
Di Medan juga anda boleh melanjutkan perjalanan ke Danau Toba iaitu Danau yang terbesar didunia, kira-kira 5 jam perjalanan dari kota Medan. Manakala Brastagi yang merupakan salah satu kawasan peranginan tanah tinggi di Sumatera Utara hanya terletak kira-kira 2 jam perjalanan. Tempat-tempat ini adalah tempat yang wajib anda jejaki jika berada di Medan.
Bercakap tentang makan, aku lebih memilih untuk membicarakan tentang IKAN BAKAR Medan. Rasanya pergghhh nak bawak tido tu. Itu satu keistimewaan makanan Medan. Juga anda harus mencuba beberapa jenis Pizza di Pizza Hut yang pasti anda tidak akan jumpa jika di Malaysia. Kalau aku pasti akan memilih Pizza Black Pepper Chicken. Atau yang lebih exotic anda boleh mencuba pizza pisang. Berani try?
Setakat ini aku berhenti disini didalam tulisan yang akan datang aku harap aku dapat memberi lebih banyak info tentang Negara Indonesia. InsyaAllah gamitan Indonesia itu takkan pernah hilang dari hatiku..... Thanks for giving me time to know you.

Sunday, November 2, 2008

Langkawi - Sebuah Karya Perjalanan


LANGKAWI, 1 Nov. 2008 - Mungkin mimpi tadi malam membuatkan aku tergerak hati untuk membulatkan tekad bagi meneruskan rancangan yang bagai tertangguh hampir berbulan. Walaupun keluar agak lewat dari rumah kira-kira jam 9 pagi, aku dan kawan-kawan Faiz, Foad dan Aras bertolak dengan W** 6850 menuju jeti Kuala Perlis. Walaupun rumah kami hanya 15 minit ke Jeti Kuala Kedah tapi kerana ingin cepat sampai ke Langkawi kami memilih untuk menaiki feri di Kuala Perlis. Namun rancangan manusia tetap rancangan setibanya kami di Kuala Perlis feri yang paling awal boleh kami naik adalah pada jam 12.30 tgh. Tiket RM18 mintak kurang tak boleh. Jeti memanglah penuh ketika itu penuh dengan bebudak sekolah yang mungkin memenuhi waktu akhir hari persekolahan. Nak taknak terpaksa kami membatukan diri di Kuala Perlis dalam 2 jam lebih. Tak puas duduk di suatu kedai yang makanannya Allah je la yang tahu macam mana rasanya kami berpindah ke suatu gerai kecil bersebelahan dengan Jeti. 'View' disini agak bagus atau lumayan kata orang seberang, walaupun hanya kelihatan dari tempat duduk kami suku pemandangan laut yang selebihnya ditutupi indah bangunan Jeti dan hutan bakau kalau tak silap aku., tapi layan je la.
Kami mula menaiki feri tepat pada masanya tapi feri hanya bertolak pada 1245 tghari. Cuaca yang tak menetu sejak kebelakangan ini menyebab pihak feri tidak membenarkan penumpang mengambil angin di luar. Kalau nak jugak kata mereka aku boleh ambil angin sambil minum air laut. HAHAHA ni aku tambah je. Jadi frust menonggeng la kami berempat. Nak taknak kami terpaksa menonton cerita Dunia Baru d Movie yang bermula dari tengah dvd, maybe sambungan dari perjalanan feri sebelum ni. Dalam perjalanan kami diiringi hujan renyai dan masing-masing berdoa panjang agar hujan berhenti bila kami tiba di Langkawi.
Alhamdulillah setibanya kami di Langkawi kira-kira 140 ptg matahari cerah dilangit. Kami dengan langkah seribu bergegas ke tiket kaunter untuk membeli tiket pulang. Kami cuba mendapatkan tiket feri yang terakhir kalau boleh yang selewat mungkin, emmm hampa juga bila feri yang terakhir bertolak seawal jam 7 mlm. Jadi kami hanya ada masa kira2 lima jam untuk membuat perjalanan gila di pulau Mahsuri ni. Sekali lagi kami berlari-lari anak ke kaunter kereta sewa yang telah kami booking dari tanah besar. Kalau di tanah besar kami diberitahu yang kami menyewa kereta iswara RM 50, tapi setibanya di kaunter kereta iswara tarak. Brader yang jaga tu cakap kereta mewah sikit boleh, tambah lagi RM 10. Mewah dalam fikiran aku mewah, maybe bmw ke paling tidak vios ke. Aku tanya kereta apa, hahahaha brader tu dengan selamba cakap Kembara, cehhh buat sedap hati je tadi. Kembara ni kereta yang aku pakai belum Graduate lagi adalah 6 tahun sudah. Mewah pirah. Tapi memikirkan yang masa makin menjerit suruh kami cepat la cepat kembara pun kembara la, jadi RM 60 la rege kereta. Pastu mintak deposit RM 50 plak tu. Layan je la bro.
Kami dengan gagahnya menuju ke Pantai Chenang. Aras yang pernah tinggal lama kat sini dalam seminggu lebih menujuk jalan. Faiz yang bawak kete pasal masa kat Kuala Perlis tadi baru aku sedar yang lesen aku dah expired hampir sebulan yang lalu. Aduhhh letih aku. Setibanya di Chenang kami terus cari gerai makan mengadap laut. Layan jugak lah cuci-cuci mata skit tengok beach view dalam 5 6 orang amoi. hahahah korang paham-paham la sendiri. Tapi mungkin pasal bukan cuti sekolah pantai agak sunyi. Rupa-rupanya dalam diam Aras mengcalling-calling kawan dia En Zul, yang merupakan seorang scuprter. Hebat tak hebat la dia nikan dia punya work dari marble yang dikaryakan sendiri mengunakan tangan. Besar tu marble dia 4 orang angkat blum tentu terangkat la. Kami pun dalam setengah jam menghabiskan masa di studio En Zul ni. Aku ingat nak amik gambar work dia tapi takut gak kalau dia tak bagi. Orang seni ni kena jaga skit, lagi-lagi bila work belum siap. jadi korang try la bayangkan sendri ekk.
Perjalanan kami sekali lagi diteruskan, kini menuju ke kawasan cable car Langkawi. Kami tak la naik cable car, tapi kami sempat la lepak-lepak kat bawah di entah apa tah nama park tu yang aku sempat tengok ada la burung helang 2 ekor tengah boring je aku tengok dengan seorang manusia yang suka main dengan ular. Kat sini aku pun sempat beli sedikit cenderahati buat diri sendiri. Dari sini kami pun jalan-jalan menaiki kereta menuju pekan kuah pasal hari dah pukul 4 ptg. Jalan yang kami lalu ni sedikit jauh, pasal kami setiap masa mensusuri pantai. tiap ada tempat best sikit Faiz mesti berenti ambik gambar. Ketika hampir tiba di pekan Kuah hujan dengan tanpa segan silu dan rendah diri melimpahkan segala isi awan ke bumi Langkawi ni. Jadi kami pun jalan la pelan-pelan. Kami tiba di Jeti pada jam 615 ptg, sempat la kami bershoping coklat tanpa melamine kat jeti ni. Harga sama je kot kat tempat lain di Langkawi ni.
Pada jam 7 mlm feri pun bertolak dengan megahnya ke Kuala Perlis. Kami tiba di Kuala Perlis agak lewat kerana cuaca yang sedikit buruk dengan hujan lebat. Dari Kuala Perlis Ke Mergong Alor Star Faiz sekali lagi menjadi mangsa memandu kereta aku. hahahah terima kasih Faiz. Kami tiba di rumah pada jam 10.30 kot kalau tak silap. Last word - 'Karya Perjalanan adalah dihati yang nikmatnya hanya buat diri sendiri'
Fathi Alias 612 am, 2 nov 08.