Wednesday, November 26, 2008

Seputar hujung minggu di Padang Besar dan Gunung Keriang

Sebenarnya page ni aku patut tulis lebih kurang lima hari yang lalu, tapi belum berkesempatan atau lebih dikenali dengan 'malas bebeno teman ni'. Lagipun dua tiga menjak ni broadband aku ni lembab gile, hahaha ni satu lagi alasan yang aku bina sendiri.
Hari Jumaat yang lepas 21 November aku ngan En Faiz memulakan perjalanan kami dari Alor Star pada jam 8 45 pagi waktu tempatan. Kami mengambil Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Padang Besar. Walaupun lebuhraya ni tak menunjukkan tujuan ke Padang Besar anda bolehlah mengikut tujuan ke Kangar kalau tak biasa la. Perjalanan kami ni menempuh Pekan Changlon, kat sini korang boleh nampak banyak perhentian bas atau kereta yang melakukan hentian terakhir bila nak masuk ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Biasanya perjalanan yang menuju ke Hatyai akan berhenti disini.
Selepas melepasi Pekan Changlun kami mengambil arah kiri melalui lebuhraya Kuala Perlis - UUM (Sintok), kalau anda menyusuri je lebuhraya ni anda pasti sampai ke Kuala Perlis yang membolehkan anda mengambil feri ke Langkawi. Tapi aku dan Faiz mengambil jalan pintas melalui Chuping (Perlis). Chuping ni kalau korang nak tau merupakan pengeluar terbesar gula di Malaysia. Ladang tebu dia jangan cakaplah macam laut luasnya.
Aku ngan Faiz apa lagi memulakanlah aksi-aksi hero kami di depan ladang tebu ni. Kalau korang datang sini korang mesti tak percaya pada keindahan yang ada kat sini, macam tak sangka view ni kita boleh dapat kat Malaysia, Malaysia Boleh.Kami sampai di Padang Besar ni kira-kira dalam sejam suku perjalanan, walaupun jika anda memandu tanpa henti dalam sejam boleh sampai, tapi kami sibuk bergambar di pelbagai tempat jadi kami pun sampai agak lewat. Pekan Padang Besar ni kecik je, yang paling menarik kat sini ialah kawasan membeli belahnya yang kalau masa cuti sekolah camni banyak la kedai bukak. Kalau tak agak sunyi.Tempat pertama yang kami tuju ialah Food Court, mamamia makan le. Pasal kami keluar tadi belum breakfast lagi. Aku dah tau apa nak makan dah kat sini. Pastinya Pulut Ayam, pulut ayam ni adunan nasi pulut, ayam goreng, bawang goreng dan sambal. Memang simple je tapi mangggaiii Tuhan je tau bila aku rindu nak makan pulut ayam ni.
Lepas je pekena pulut ayam kami pun ronda-ronda kedai dan gerai yang ada kat sini. Banyak gak la aku membeli dan membelah, biasa la aku ni gile shopping skit. Pasal kat sini barang cukup murah. Yang banyak aku ble adalah barang yang takleh dapat kat KL atau Alor Star. Limau Bali kalau kat sini 3 biji RM 10 je, besar-besar lak tu. Aku sempat beli satu pokok ong atau pokok wang, kalau kat Alor Star yang besar aku beli ni dalam RM 35 kat sini RM 10 je. Penuh juga la bonet kete aku dengan barang shopping kita orang. Dalam lebih kurang dua jam setengah meronda Padang Besar kami pun dah penat. Jadi start kete la, kami bertolak balik ke Alor Star tapi kali ni kami memilih untuk menempuh bandar Kangar ibu negeri Perlis Indera Kayangan. On the way balik ni kami sempat singgah di beberapa tempat untuk mengambil gambar seperti Empangan Timah Losoh dan beberapa bendang yang cantik-cantik kat situ.
Kami sampai rumah dalam pukul tiga petang. Masing-masing dah penat gile dah dan aku mengambil langkah bijak untuk zzzzz jap.Tepat jam 5 setengah petang kami pun cargas lagi menuju destinasi baru iaitu Gunung Keriang. Tempat ni dalam 20 minit je dari rumah. Dari jauh kalau kita dapat tengok Gunung Keriang ni memang amazing, lagi-lagi bila kita lihat ada sawah didepan. pergghhhhh masyuk siut. Gunung Keriang sebenarnya tempat orang pegi istirehat pasal kat sini ada taman alam gitu, kalau ada yang larat memanjat boleh je naik sampai atas. Tapi kami kat bawah je, kalau kat bawah ni ada barisan gerai yang menjual batu-batu kristal yang di ambil dari Gunung Keriang ni. Murah-murah je harga dia. Datang sendiri baru tau.Kami tak lama kat sini lebih kurang sejam kami pun bertolak ke Kuala Kedah nak makan malam kat satu seafood restaurant kat sini. Seafood kat sini memang best. Faiz order Ikan krapu masak sweet sour, sotong goreng, kailan ikan masin dan kedai ni biasanya akan bagi side order dengan percuma iaitu kuah kari dan keropok sayuran. Kami pun santap la sampai kenyang. heheheh.
Abih je makan masing-masing dah serender untuk berjalan lagi. Kami mengambil keputusan untuk terus pulang je. bantal busuk aku menanti kehadiran air liur yang baru. heheheh.
Adiosss see u guys in next post..... Salam


1 comment: