Tuesday, November 11, 2008

Seputar Lawatan Kerja ke Sekolah-sekolah sekitar Alor Star, Kedah

Salam,
Dah dua hari sebenarnya aku membuat lawatan kerja ke beberapa buah sekolah sekitar Alor Star, Yan dan Pendang, Kedah. Kesemua sekolah yang aku kunjungi adalah sekolah menengah kebangsaan agama atau agama penuh, atau.... lebih dikenali oleh orang Kedah sebagai sekolah Arab. Jadi menjadi ustaz la aku sekejap. hehehehe.
Salah sebuah sekolah yang aku kunjungi adalah sebuah sekolah yang tersohor di Kedah iaitu SSekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya). Sekolah ini dulu pernah digemparkan dengan kejadian kebakaran yang meragut nyawa 12 orang pelajarnya. Walaupun masa tu aku masih di sekolah rendah kalau tak silap akulah atau early secondary school, tapi kejadian yang begitu menggemparkan negara itu masih segar diingatan. Untuk pengetahuan anda semua selain Kelantan, Kedah merupakan negeri kedua yang memiliki Sekolah Pondok yang terbanyak. Kedah juga telah banyak melahirkan Ulama-ulama tersohor negara. Dan jangan kita lupa sekolah-sekolah pondok juga menyumbang kepada gerakan-gerakan memperjuangkan kemerdekaan negara kerana sekolah pondok ini amat rapat dengan universiti-universiti Islam yang terkenal terutama Al-Azhar.
Jika dulu Pondok Pak Ya ini (digelar sebegitu kerana ia diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Yahya, Pak Ya) memiliki pelajar yang hampir kepada angka 2 ribu orang, namun oleh kerana beberapa masalah dalaman kemasukan pelajar ke Pondok ini makin berkurangan. Aku harap perkara ini tidak berpanjanganla.
Alah merapek pulak aku ni. Sebenarnya tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan ikatan silaturahim dengan sekolah-sekolah didalam negeri Kedah dengan INSANIAH Universiti. dan secara tak langsung memperkenalkan program-program baru di Universiti nie. Jadi aku dengan Ustaz Azki Hafizi, Pengarah Perhubungan Awam pun meronda-rondalah ke setiap pelusuk negeri... Tapi Ustaz Azki la yang banyak membuat kerja, aku ni kan baru kat sini, aku cakap style Kedah orang ingat aku cakap Indonesia, hampeh betul.
Tapi hari ni yang paling menarik apabila kami ke Sekolah Menengah Agama Kedah yang terletak kira-kira 1 km dari universiti kami. Lawatan yang sepatutnya mengambil masa 1 ke 1 jam setengah berakhir kira-kira 3 jam. Kenapa? Bagi aku walaupun agak lama kami disana ia amat bermakna dan penuh dengan perbincangan yang hangat dan penuh ilmu. Hari nie aku banyak belajar dari seorang pengetua yang sudah berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan. Dan perbincangan kami juga berkitar tentang soal pentadbiran. Penuh harddisk (otak) aku hari ni. Nasib baik aku bawak thumb drive (buku nota).
Disini aku nak ambik kesempatan menceritakan serba sedikit mengenai INSANIAH Universiti, ia merupakan sebuah Kolej Universiti milik penuh kerajaan negeri Kedah Darul Aman. Ia ditubuhkan kira-kira 13 tahun yang lalu dengan dimulakan sebagai Ma'ahad Tahfis. Setelah itu ia berkembang dengan memiliki beberapa program diploma didalam bidang bahasa arab, usulludin dan Syariah. Dalam tahun kebelakangan ini Kuliyyah (fakulti) Muamalat pula diadakan. Pada pertengahan tahun ini seorang pengemudi INSANIAH yang baru dilantik. Prof. Dr. Dato' Jamil Osman mantan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dilantik menjadi Rektor kepada universiti ini. Dalam enam bulan pertama pentadbirannya beliau telah menyuntik 30 program professional baru di Univerisiti ini. Dari Program PHD ke peringkat diploma diperkenalkan. Beberapa fakulti baru juga ditubuhkan seperti, Fakulti Multimedia dan Kreativiti, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Kejururawatan. Yang Berbahagia Dato' Rektor juga merancang beberapa fakulti baru akan ditubuhkan pada tahun hadapan.
Dahla tu banyak sangat boring je nanti. Ok lah thanks pasal baca repekan aku ni. walau tak tentu hala butirnya. Tapi aku harap aku akan dapat terus menulis.
Mengubah masyarakat perlu kepada mengangkat makna sebenar perubahan. fikir-fikirkanlah

ps - thanks to nurul shuhada for helping me in building this blog. thanks beb

1 comment: