Tuesday, November 18, 2008

Mata Yang Mencuri Hati

Dah tiga hari net aku problem. Tension betul, baru hari ni ok. Hari ni aku nak berbincang skit mengenai persoalan mata. Mengapa mata bukan deria lain yang dianugerahkan Tuhan kepada kita. Pada aku mata ni deria yang paling hebat, deria yang paling awal menentukan sesuatu perkara. Dengan mata kita menilai seseorang, tapi ada orang kata guna hati untuk menilai sesuatu, pirahh. Aku cuma bercakap melalui nilai-nilai sebenar bukannya omong kosong atau kata-kata manis untuk menjadi orang yang baik. Baikkah anda bila anda sering berpura-pura dan tak mahu mengakui yang diri kita ni punya banyak kelemahan. Kalau ada yang masih mahu menegakkan benangnya yang bukan sahaja basah malahan ditiup anginpun boleh putus, insaf-insafkan lah diri kita ni. Berkata benarlah walaupun ianya sepahit hempedu.
Bila kita mula mengenali seseorang walaupun kita cuba nafikan matalah yang pertama membuat penilaian. Suka atau tidak kita kepada sesuatu perkara. Kata orang dont judge a book by its cover, pirahhh. Kalau dah cover buku tu comot, penuh lumpur, selekeh, berbau dan ada plak mempamirkan perkara-perkara yang menjijikan anda mahu belek, kemudian mentelaah isi dalamnya. Fikirkanlah. Walaupun isi dalamnya seindah purnama secantik bahasa namun jika penampilannya sehina dina apa guna isi yang cantik. Aku masih teringat kata-kata pak ustaz dulu, Hati yang bersih akan tergambar pada wajah seseorang. Kita tak perlu hensem atau cantik seperti bintang filem tapi cukup jika penampilan yang bersih dan sempurna. Ramai je aku tengok orang cantik dan hensem tapi pakaian Masya Allah, Tuhan je lah yang tahu. Dan ramai juga yang dah la tak cantik dan tak hensem pakaian pun selekeh nak mampus.
Jadi mata ni cukup penting la bagi aku. Bak kata orang dari mata turun ke hati, ewah. Ni orang putih panggil love in first sight. Ada orang tak percaya dengan cinta yang macam ni. Ada orang lebih percaya dengan learning love ataupun berlajar mencintai seseorang. Bagi aku kedua-dua ada kelebihannya. Semua orang kalau boleh nak dapat cinta pandang pertama ni. Cinta yang dikatakan dapat menggegar hati dan minda. Macam cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai tu.
Aku cukup percaya yang cinta pandang pertama lebih kuat dari cinta yang kita cuba belajar. Kenapa bagi aku cukup mudah, alasannya begini. Tuhan memberi sifat kepimpinan kepada orang tertentu dan mereka mempunyai aura untuk menjadi pemimpin. Tapi sifat ini boleh juga kita pelajari. Seorang yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan dengan sendirinya akan lebih menonjol bila dia berada dikalangan orang ramai. Dia tak perlu membuat-buat yang dia adalah pemimpin. Ini pemberian Allah pada sesetengah orang. Begitu juga aku mentafsir sifat cinta pandangan pertama, cinta itu Allah yang letakkan dengan tiba-tiba. Berlainan dengan cinta yang kita pelajari. Benar cinta yang satu lagi nipun pemberian Allah tapi dengan usaha kita. Mana anda lebih rasa best hadiah pemberian atau sesuatu yang anda kena berusaha untuk membelinya. Jangan cuba nak bohong, pasti ada yang kata bila kita berusaha ia akan jadi lebih bernilai. Itu cuma ayat untuk menyedapkan hati anda. Tapi cuba ada barang free yang bagus dan mahal pulak tu, hanya orang yang bodoh akan mengatakan, saya taknak lah pasal saya rasa saya ingin berusaha untuk mendapatkannya dengan titik peluh saya. Beb berpijak dibumi yang nyata lah bukan hidup dialam mimpi, hari dah pagi ni.
Ada juga mengatakan yang kalau senang dapat senang pula hilangnya. Perkara pemberian dan kehilangan cukup berbeza satu di pangkal dan satu dihujung cerita. Sekarang yang penting isi ceritanya. Bagaimana anda mengolah isinya itu tugas anda. Baik isi cerita baik pula akhirnya, kalau anda sendiri tak dapat menjaga cinta anda jangan salahkan titik permulaan yang anda rasa best tadi. Jangan jadi seorang yang banyak memberi alasan dan menyalahkan sesuatu yang lain. Kenapa bila rumah runtuh anda menyalahkan angin sedangkan rumah yang anda bina bukan sahaja angin semut pun boleh meruntuhkannya.
Jadi fikirkanlah. Mereka yang banyak memberi alasan dan menyalahkan orang lain tak lebih seperti orang yang hilang pedoman dan arah tujuan.

1 comment: