Sunday, November 2, 2008

Langkawi - Sebuah Karya Perjalanan


LANGKAWI, 1 Nov. 2008 - Mungkin mimpi tadi malam membuatkan aku tergerak hati untuk membulatkan tekad bagi meneruskan rancangan yang bagai tertangguh hampir berbulan. Walaupun keluar agak lewat dari rumah kira-kira jam 9 pagi, aku dan kawan-kawan Faiz, Foad dan Aras bertolak dengan W** 6850 menuju jeti Kuala Perlis. Walaupun rumah kami hanya 15 minit ke Jeti Kuala Kedah tapi kerana ingin cepat sampai ke Langkawi kami memilih untuk menaiki feri di Kuala Perlis. Namun rancangan manusia tetap rancangan setibanya kami di Kuala Perlis feri yang paling awal boleh kami naik adalah pada jam 12.30 tgh. Tiket RM18 mintak kurang tak boleh. Jeti memanglah penuh ketika itu penuh dengan bebudak sekolah yang mungkin memenuhi waktu akhir hari persekolahan. Nak taknak terpaksa kami membatukan diri di Kuala Perlis dalam 2 jam lebih. Tak puas duduk di suatu kedai yang makanannya Allah je la yang tahu macam mana rasanya kami berpindah ke suatu gerai kecil bersebelahan dengan Jeti. 'View' disini agak bagus atau lumayan kata orang seberang, walaupun hanya kelihatan dari tempat duduk kami suku pemandangan laut yang selebihnya ditutupi indah bangunan Jeti dan hutan bakau kalau tak silap aku., tapi layan je la.
Kami mula menaiki feri tepat pada masanya tapi feri hanya bertolak pada 1245 tghari. Cuaca yang tak menetu sejak kebelakangan ini menyebab pihak feri tidak membenarkan penumpang mengambil angin di luar. Kalau nak jugak kata mereka aku boleh ambil angin sambil minum air laut. HAHAHA ni aku tambah je. Jadi frust menonggeng la kami berempat. Nak taknak kami terpaksa menonton cerita Dunia Baru d Movie yang bermula dari tengah dvd, maybe sambungan dari perjalanan feri sebelum ni. Dalam perjalanan kami diiringi hujan renyai dan masing-masing berdoa panjang agar hujan berhenti bila kami tiba di Langkawi.
Alhamdulillah setibanya kami di Langkawi kira-kira 140 ptg matahari cerah dilangit. Kami dengan langkah seribu bergegas ke tiket kaunter untuk membeli tiket pulang. Kami cuba mendapatkan tiket feri yang terakhir kalau boleh yang selewat mungkin, emmm hampa juga bila feri yang terakhir bertolak seawal jam 7 mlm. Jadi kami hanya ada masa kira2 lima jam untuk membuat perjalanan gila di pulau Mahsuri ni. Sekali lagi kami berlari-lari anak ke kaunter kereta sewa yang telah kami booking dari tanah besar. Kalau di tanah besar kami diberitahu yang kami menyewa kereta iswara RM 50, tapi setibanya di kaunter kereta iswara tarak. Brader yang jaga tu cakap kereta mewah sikit boleh, tambah lagi RM 10. Mewah dalam fikiran aku mewah, maybe bmw ke paling tidak vios ke. Aku tanya kereta apa, hahahaha brader tu dengan selamba cakap Kembara, cehhh buat sedap hati je tadi. Kembara ni kereta yang aku pakai belum Graduate lagi adalah 6 tahun sudah. Mewah pirah. Tapi memikirkan yang masa makin menjerit suruh kami cepat la cepat kembara pun kembara la, jadi RM 60 la rege kereta. Pastu mintak deposit RM 50 plak tu. Layan je la bro.
Kami dengan gagahnya menuju ke Pantai Chenang. Aras yang pernah tinggal lama kat sini dalam seminggu lebih menujuk jalan. Faiz yang bawak kete pasal masa kat Kuala Perlis tadi baru aku sedar yang lesen aku dah expired hampir sebulan yang lalu. Aduhhh letih aku. Setibanya di Chenang kami terus cari gerai makan mengadap laut. Layan jugak lah cuci-cuci mata skit tengok beach view dalam 5 6 orang amoi. hahahah korang paham-paham la sendiri. Tapi mungkin pasal bukan cuti sekolah pantai agak sunyi. Rupa-rupanya dalam diam Aras mengcalling-calling kawan dia En Zul, yang merupakan seorang scuprter. Hebat tak hebat la dia nikan dia punya work dari marble yang dikaryakan sendiri mengunakan tangan. Besar tu marble dia 4 orang angkat blum tentu terangkat la. Kami pun dalam setengah jam menghabiskan masa di studio En Zul ni. Aku ingat nak amik gambar work dia tapi takut gak kalau dia tak bagi. Orang seni ni kena jaga skit, lagi-lagi bila work belum siap. jadi korang try la bayangkan sendri ekk.
Perjalanan kami sekali lagi diteruskan, kini menuju ke kawasan cable car Langkawi. Kami tak la naik cable car, tapi kami sempat la lepak-lepak kat bawah di entah apa tah nama park tu yang aku sempat tengok ada la burung helang 2 ekor tengah boring je aku tengok dengan seorang manusia yang suka main dengan ular. Kat sini aku pun sempat beli sedikit cenderahati buat diri sendiri. Dari sini kami pun jalan-jalan menaiki kereta menuju pekan kuah pasal hari dah pukul 4 ptg. Jalan yang kami lalu ni sedikit jauh, pasal kami setiap masa mensusuri pantai. tiap ada tempat best sikit Faiz mesti berenti ambik gambar. Ketika hampir tiba di pekan Kuah hujan dengan tanpa segan silu dan rendah diri melimpahkan segala isi awan ke bumi Langkawi ni. Jadi kami pun jalan la pelan-pelan. Kami tiba di Jeti pada jam 615 ptg, sempat la kami bershoping coklat tanpa melamine kat jeti ni. Harga sama je kot kat tempat lain di Langkawi ni.
Pada jam 7 mlm feri pun bertolak dengan megahnya ke Kuala Perlis. Kami tiba di Kuala Perlis agak lewat kerana cuaca yang sedikit buruk dengan hujan lebat. Dari Kuala Perlis Ke Mergong Alor Star Faiz sekali lagi menjadi mangsa memandu kereta aku. hahahah terima kasih Faiz. Kami tiba di rumah pada jam 10.30 kot kalau tak silap. Last word - 'Karya Perjalanan adalah dihati yang nikmatnya hanya buat diri sendiri'
Fathi Alias 612 am, 2 nov 08.

No comments:

Post a Comment