Saturday, December 27, 2008

Report Medan Yang Tertangguh

Hai readers,
Dah lebih 20 hari aku tak mengomel dalam blog nie. Sibukk.... emmm tak le jugak. Tapi lately ni aku kurang guna internet. Lagi-lagi cek celcom broadband aku ni slalu hampeh signalnye. Jadi itulah alasan utama aku. hehehehhe.
Apa Khabar Medan? Emmm aku kat sana lebih kurang 13 hari, perghhhh siok gile beb. Dan kalau diizinkan Allah pada 4 hingga 10 Januari ni aku akan terbang kesana lagi. Urusan kerja la. Aku tak g mana-mana tempat yang menarik pun, maybe pasal dah biasa sangat jadi aku pun tak port sangat nak amik gambar ke atau melawat tempat-tempat bersejarah ke. Yang banyak aku pergi adalah shopping kompleks yang dah penat aku kira anak tangga letriknye. Masa aku lebih banyak habiskan dengan family auntie aku kat sana. Waktu Hari Raya aku sempat jugak pergi tengok orang sana bikin korban, sama cam kat Malaysia. Yang aku dapat perhatikan yang suasana di Kuala Lumpur sekarang lebih meriah, maybe pasal masyarakat mula mengambil berat tentang hari raya haji ni. Kalau dulu masa aku kecik kat KL ni orang tak amik port pun. Tak macam nyambut raye puasa.
Shopping????? Makkk Aiii kat sana tengah sale untuk Krimas hari tu. Perghhh diskaun tak ingat sampai baju branded ble 70% diskaun, aku sempat la sambar 9 sepuluh helai T shirt, ngan jeans dua helai. Naik gile aku. Tapi stakat tu je la yang aku beli, yang lain sikit-sikit je.
Ok lah walaupun 13 hari aku kat sana aku tak banyak aktiviti menarik, banyak masa aku habiskan dengan merehatkan diri dan bertemu beberapa orang penting Medan untuk aku buat visit Januari ni. By the way keep in touch guys, meet you all in next post. Chioow

Saturday, December 6, 2008

Kabar Dari Medan

Hi all readers, Apa Kabar semua? Hahahaha. skang ni aku berada di Medan Indonesia. Nie sudah hari ke keempat aku disini. Alhamdulillah semuanya ok. Hari ni aku sempat ke toko (kedai) cermin mata. Buat kaca mata kata orang sini. Aku buat satu yang boleh tukar warna bila ada cahaya dan satu spek hitam (betul ke aku eja spek ni,hahahaha) Korang tau harganya berapa kalau 2 2 ni, dalam RM 156 dua pasang. Tak masuk akal kalau beli kat Malaysia. Tu yang bestnya kalau kat sini. Kalau sebelum datang sini aku sempat jugak temankan Encik Faiz untuk membuat spek dia kat Alor Star sama la yang bila kena cahaya betukar warna tu, dia punya cermin je dah RM 200. Mahal gile.Apa lagi yang aku buat kat sini ekk selain tido. hehehehha. Aku sempat la ke beberapa tempat kegemaran aku seperti Medan Mall. Kat sini skang ada jualan hujung tahun untuk hari krismas. Aku sempatla capat 7 8 helai baju. hehehehh tu la aku dah bagi tau dari awal Indonesia ni amazing gile. Lain kali ikut aku datang sini baru korang tau.Ok lah aku takde idea sebenarnya nak tulis apa.Pasal masa yang aku habiskan disini banyak di atas katil, tido laaa. kata nak datang berehat. Cuma aku tak tau nak balik bila pasal ada kerja yang nak diuruskan sementara aku disini. Kalau plan asalnya aku akan pulang pada 9 haribulan tapi mungkin aku tambah seminggu lagi disini. hahahah jangan marah kawan-kawan peace.
Oklah Adios ya jumpa lagi di posting akan datang. Salam dari Medan Indonesia.

Wednesday, December 3, 2008

Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang

Semasa aku menulis blog ni aku berada di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jam pada waktu ini masih pukul 8:31 malam, masih ada lebih kurang satu jam lagi sebelum aku berlepas ke Medan dengan pesawat tambang murah Airasia, promote depa sikit. Sorilah kalau kali ni tak boleh nak upload gambar pasal kalau nak tulis ni pun amatlah seksanya. Aku tak taulah apasala dorang panggil menatang ni laptop atau komputer riba, kalau nama macam ni mestila selesa kalau diriba. Tapi walau diriba aku yang gebu lagi montel nipun macam tak selesa nikan pulak yang punya peha yang come lote. hehehhe.
Insya Allah jika tiada halangan dalam tempoh kurang dari 3 jam aku akan berada di sebuah bandar yang dikatakan ketiga terbesar di Indonesia. Aku dah pun berkongsi cerita sedikit lebih kurang tentang Medan ni di terbitan yang lalu. Jadi takyah la nak cerita balik. Ramai gak yang bertanya apa yang istimewanya medan sampai aku asik berulang-alik kesana. Jawapan aku mudah, setiap manusia pasti ada tempat yang dia akan pergi untuk menenangkan diri. Jadi pada aku Medan adalah tempatnya. Walaupun aku sedar tempat ini banyak menyimpan kenangan yang menyedihkan tapi ia masih pilihan pertama untuk aku menenangkan diri. Kenapa sekarang ni aku tak tenang ke?
Jawapannya ia, baru-baru ni aku cepat naik marah. Rasa gelisah tak tentu pasal. Pastu cakap yang merepek-repek je. Mungkin stress keje kot. Jadi itulah sebabnya, sebelum aku buat satu keputusan yang boleh merosakkan banyak pihak baik aku rest kejap kat Medan ni.
Insya Allah aku akan berada di Medan sehingga hari raya Aidiladha yang kedua sebelum aku mula bekerja pada hari Rabu hadapan. Harap-harap tempoh seminggu ni dapat memberi kebaikan kepadaku.
Oklah orang pun dah ramai kat sini nak tunggu masuk pesawat je. Aku harap aku sempat membuat liputan dari Medan pada hari-hari yang mendatang. Ok guys Adioos see u in next post. Dan Selamat Hari Raya AidilAdha, Pengorbanan itu adalah peringkat akhir kepada perjuangan sebelum mendapat kemenangan.

Saturday, November 29, 2008

Hujung Minggu di Kaki Gunung Jerai dan Alor Star Mall

Ni kali pertama aku buat posting dalam sehari dua kali. Aku pikir kalau aku bertangguh memang lambat lah lagi aku nak post ni. Hari ni aku meneruskan lagi pengembaraan aku di sekitar negeri Kedah ni dengan mengunjungi sebuah kawasan rehat yang terkenal iaitu Gunung Jerai. Gunung Jerai merupakan gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia dan yang kedua di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Ketinggiannya lebih kurang 1380 meter dari paras laut.
Aku memulakan perjalanan pagi ni pada jam 10 pagi bertemankan Atif yang juga warga negara Pakistan. Kaki gunung jerai ni terletak lebih kurang 40km dari bandar Alor Star. Jadi taklah jauh sangat cuma aku ikut jalan persekutuan banyak skit kete dan tak boleh bawak laju. Aku tiba di sini lebih kurang 45 minit perjalanan. Cuaca pagi ni hujan sedikit, tapi aku gagahkan jugak. Kaki Gunung Jerai yang aku maksudkan ni terletak di Daerah Yan.Setibanya aku di kaki gunung suasana memang agak sejuk pagi ni tapi ditambahkan lagi dengan hujan rintk-rintik dan yang palinng mengejutkan aku adalah kawasan yang dinamakan pusat rekreasi ini sunyi sepi tanpa pengunjung. Pada mulanya aku berfikir mungkin kerna cuaca hujan, tapi setelah aku selidiki bahwa sudah berbulan kawasan ini sunyi sepi kerana masalah tanah runtuh yang mengakibatkan pelancong tidak dibenarkan untuk naik keatas gunung. Cuma mereka yang mempunyai tugas rasmi dibenarkan naik keatas.
Aku sempat bertanya bila agaknya ia akan dibuka semula, seorang pemandu pelancong disitu berkata mungkin lagi 3 atau 4 bulan. Mangggaaaii lamanya. Jika segalanya ok korang boleh menggunakan khidmat membawa peloncong ke atas dengan hanya dikenakan caj seorang RM 10. Diatas ni dikatakan ada sebuah chalet yang boleh ditempah, dan kerana kejadian ini operasi chalet berkenaan terganggu. Pemandu pelancong disini juga berkata yang chalet atau motel ini sedang dinaik taraf ke hotel bertaraf 3 bintang. Maybe satu hari bila dah siap bolehlah aku pergi kot.
Selepas menginterview pemandu-pemandu pelancong lebih kurang aku dan Atif pu mengambil keputusan untuk berpatah semula ke Alor Star. Sebelum sampai ke kawasan rumah aku terlihat satu bangunan baru yang belum pernah kami terokai, iaitu Alor Star Mall. Kalau dengar dek orang Alor Star ni mau kena gelak, ye la dah hampir setengah tahun duduk sini belum jejak lagi di mall ni. kalau nak ikutkan mall ni hanya teletak tak sampai 2 kilometer dari rumah aku. Hahahaha.Alor Star mall ni aku boleh gambarkan seperti Alpha Angel Wangsa Maju. Best la jugak, yang penting kat sini ada cineplex. Aku dan Atif sempat juga tengok wayang kat sini cerita James Bond yang baru. Korang nak tau brape orang viewernye ada la dalam 15 orang tupun pasal ada satu Chinese family bawak anak beranak, kalau tak kosong la kot.
Lebih kurang jam 2 cerita tu pun habis aku pun hantar Atif pergi office jap dan aku pun sambunglah keenakan membantal dihujung minggu.
Oklah adioss buat masa ni, aku harap aku dapat cerita sikit tentang Medan lagi skali kat korang sebelum aku pergi kesana 3 haribulan ni. Yahoooo tiket dah beli. See u guys di post yang lain.

Sesi Fotografi Di Muzium Padi dan Kota Kuala Kedah

Sesi ni sebenarnya last week, cuma aku baru je transfer gambar dari camera kejap ni. Hahahaha. Masa sesi ni yang ada aku, Faiz dan Atif je. Kami ni memang havoc kalau di bagi berjalan. Memang satu kepala la. Kalau teragak berhenti kami berhenti la kalau jalan terus jalan terus aja.
Tempat pertama kami tuju adalah Muzium Padi Alor Star, muzium ni terletak dibawah kaki Gunung Keriang, lebih kurang 15 minit dari bandar Alor Star. Seni binanya agak unik, satu bulatan tengah yang di kelilingi beberapa bulatan kecil kalau tak silap aku semuanya ada enam. Apa ada didalam meh kita masuk. Aku bahagikan muzium ni kepada 3 bahagian, ground floor, basement dan first floor. Ground floor ni merupakan pintu masuk ke muzium, terdapat pelbagai gambar lukisan berkaitan padi dan negeri Kedah secara amnya. Painting ni besar sangat memang tak boleh bawak balik la kalau ada yang nak curi. hehehe. Basement pulak menempatkan peralatan industri padi dari jenis lama ke jenis baru, cuma yang besar cam mesin pengisar padi dorang tak bawak masuk la. Yang paling best tingkat satu dimana masa kami datang tu kena beratur nak naik floor ni. Floor ni takleh naik ramai-ramai pasal kat sini ada lukisan terpanjang, aku tak tahu terpanjang dimana di Kedah kot. Lukisan ni dalam bulatan jadi bila kita kat situ lantai tempat kita meninjau lukisan ni akan bergerak sedikit demi sedikit. Bergerak pun agak slow jadi nak habis satu pusingan adalah dalam 15 minit, boring gak. Tapi Lukisan dia best, pasal dia menggambarkan yang anda berada dipuncak Gunung Keriang dan anda boleh lihat dari view gunung ni la.Bila dah penat melawat Muzium ni kami pun bergerak menuju Fort Kuala Kedah atau dulu dikenali sebagai Kota Kuala Bahang. Kota ni lebih kurang 15 KM dari bandar Alor Star. Dorang claim kota ni kota yang tertua di belah utara tanah air. Ia dibina kira-kira pada tahun 1600 dan pernah dimusnahkan oleh tentera Acheh, Bugis dan Siam. Banyak juga angkatan tentera yang pernah menduduki kota ini termasuklah Portugis dan Jepun. Kalau lihat sekarang dah tak banyak yang tinggal adalah beberapa struktur benteng pertahanan, meriam-meriam yang dah berkarat dan pintu kota yang megah berdiri.
Ok kalau anda datang ke Kedah jangan lupa ke kedua-dua tempat ni, wajib kalau sampai Kedah. Adios Jumpa anda di next post.

Friday, November 28, 2008

Sepetang di Simpang Kuala, Alor Star

Simpang Kuala ni sebenarnya memang dalam bandar Alor Star. Cuma di agak tersembunyi sikit kalau sape yang tak tau susah la. Apa yang best tentang Simpang Kuala ni? Kat sini terletaknya Court Mammoth Alor Star, Pasaraya Sakan pun ada, KFC ada satu dan macam-macam kedai la. Kalau sekali pandang macam berada kat area sunway, pasal majority kat sini adalah mereka yang berbangsa Cina.Yang paling bestnye kat Simpang Kuala ni adalah di waktu petangnya, pasal bila waktu petang setiap hari akan ada pasar petang. Kat pasar ni anda boleh dapat pelbagai barangan harian termasuklah makanan laut yang segar dengan harga yang cukup murah. Kat sini gak korang boleh dapat makanan laut atau darat yang korang tak terpikir seperti pelbagai jenis siput atau ikan belut.Kat sini gak dorang jual makanan siap masak seperti laksa dan laksam Kedah, kuih-muih yang pelbagai jenis yang korang takkan jumpa kat tempat lain, sup-sup yang pelbagai perisa dan macam-macam lagi la. Aku sempat la mengetest laksam kedah, memang lain, kalau di belah pantai timur tu kuahnya putih dan bersantan tapi kat sini kuahnya cair macam laksa biasa. Aku pun sempat membeli buah berangan setengah kilo RM 5 dan sebuku roti dan kaya. Roti ni bukan roti biasa tapi yang macam old school punye, roti buku ke orang panggil.
Jadi kalau ke Alor Star jangan lupa ke Simpang Kuala. Adiooos see u guys in the next post.

Wednesday, November 26, 2008

Seputar hujung minggu di Padang Besar dan Gunung Keriang

Sebenarnya page ni aku patut tulis lebih kurang lima hari yang lalu, tapi belum berkesempatan atau lebih dikenali dengan 'malas bebeno teman ni'. Lagipun dua tiga menjak ni broadband aku ni lembab gile, hahaha ni satu lagi alasan yang aku bina sendiri.
Hari Jumaat yang lepas 21 November aku ngan En Faiz memulakan perjalanan kami dari Alor Star pada jam 8 45 pagi waktu tempatan. Kami mengambil Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Padang Besar. Walaupun lebuhraya ni tak menunjukkan tujuan ke Padang Besar anda bolehlah mengikut tujuan ke Kangar kalau tak biasa la. Perjalanan kami ni menempuh Pekan Changlon, kat sini korang boleh nampak banyak perhentian bas atau kereta yang melakukan hentian terakhir bila nak masuk ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Biasanya perjalanan yang menuju ke Hatyai akan berhenti disini.
Selepas melepasi Pekan Changlun kami mengambil arah kiri melalui lebuhraya Kuala Perlis - UUM (Sintok), kalau anda menyusuri je lebuhraya ni anda pasti sampai ke Kuala Perlis yang membolehkan anda mengambil feri ke Langkawi. Tapi aku dan Faiz mengambil jalan pintas melalui Chuping (Perlis). Chuping ni kalau korang nak tau merupakan pengeluar terbesar gula di Malaysia. Ladang tebu dia jangan cakaplah macam laut luasnya.
Aku ngan Faiz apa lagi memulakanlah aksi-aksi hero kami di depan ladang tebu ni. Kalau korang datang sini korang mesti tak percaya pada keindahan yang ada kat sini, macam tak sangka view ni kita boleh dapat kat Malaysia, Malaysia Boleh.Kami sampai di Padang Besar ni kira-kira dalam sejam suku perjalanan, walaupun jika anda memandu tanpa henti dalam sejam boleh sampai, tapi kami sibuk bergambar di pelbagai tempat jadi kami pun sampai agak lewat. Pekan Padang Besar ni kecik je, yang paling menarik kat sini ialah kawasan membeli belahnya yang kalau masa cuti sekolah camni banyak la kedai bukak. Kalau tak agak sunyi.Tempat pertama yang kami tuju ialah Food Court, mamamia makan le. Pasal kami keluar tadi belum breakfast lagi. Aku dah tau apa nak makan dah kat sini. Pastinya Pulut Ayam, pulut ayam ni adunan nasi pulut, ayam goreng, bawang goreng dan sambal. Memang simple je tapi mangggaiii Tuhan je tau bila aku rindu nak makan pulut ayam ni.
Lepas je pekena pulut ayam kami pun ronda-ronda kedai dan gerai yang ada kat sini. Banyak gak la aku membeli dan membelah, biasa la aku ni gile shopping skit. Pasal kat sini barang cukup murah. Yang banyak aku ble adalah barang yang takleh dapat kat KL atau Alor Star. Limau Bali kalau kat sini 3 biji RM 10 je, besar-besar lak tu. Aku sempat beli satu pokok ong atau pokok wang, kalau kat Alor Star yang besar aku beli ni dalam RM 35 kat sini RM 10 je. Penuh juga la bonet kete aku dengan barang shopping kita orang. Dalam lebih kurang dua jam setengah meronda Padang Besar kami pun dah penat. Jadi start kete la, kami bertolak balik ke Alor Star tapi kali ni kami memilih untuk menempuh bandar Kangar ibu negeri Perlis Indera Kayangan. On the way balik ni kami sempat singgah di beberapa tempat untuk mengambil gambar seperti Empangan Timah Losoh dan beberapa bendang yang cantik-cantik kat situ.
Kami sampai rumah dalam pukul tiga petang. Masing-masing dah penat gile dah dan aku mengambil langkah bijak untuk zzzzz jap.Tepat jam 5 setengah petang kami pun cargas lagi menuju destinasi baru iaitu Gunung Keriang. Tempat ni dalam 20 minit je dari rumah. Dari jauh kalau kita dapat tengok Gunung Keriang ni memang amazing, lagi-lagi bila kita lihat ada sawah didepan. pergghhhhh masyuk siut. Gunung Keriang sebenarnya tempat orang pegi istirehat pasal kat sini ada taman alam gitu, kalau ada yang larat memanjat boleh je naik sampai atas. Tapi kami kat bawah je, kalau kat bawah ni ada barisan gerai yang menjual batu-batu kristal yang di ambil dari Gunung Keriang ni. Murah-murah je harga dia. Datang sendiri baru tau.Kami tak lama kat sini lebih kurang sejam kami pun bertolak ke Kuala Kedah nak makan malam kat satu seafood restaurant kat sini. Seafood kat sini memang best. Faiz order Ikan krapu masak sweet sour, sotong goreng, kailan ikan masin dan kedai ni biasanya akan bagi side order dengan percuma iaitu kuah kari dan keropok sayuran. Kami pun santap la sampai kenyang. heheheh.
Abih je makan masing-masing dah serender untuk berjalan lagi. Kami mengambil keputusan untuk terus pulang je. bantal busuk aku menanti kehadiran air liur yang baru. heheheh.
Adiosss see u guys in next post..... Salam