Tempat pertama kami tuju adalah Muzium Padi Alor Star, muzium ni terletak dibawah kaki Gunung Keriang, lebih kurang 15 minit dari bandar Alor Star. Seni binanya agak unik, satu bulatan tengah yang di kelilingi beberapa bulatan kecil kalau tak silap aku semuanya ada enam. Apa ada didalam meh kita masuk. Aku bahagikan muzium ni kepada 3 bahagian, ground floor, basement dan first floor. Ground floor ni merupakan pintu masuk ke muzium, terdapat pelbagai gambar lukisan berkaitan padi dan negeri Kedah secara amnya. Painting ni besar sangat memang tak boleh bawak balik la kalau ada yang nak curi. hehehe. Basement pulak menempatkan peralatan industri padi dari jenis lama ke jenis baru, cuma yang besar cam mesin pengisar padi dorang tak bawak masuk la. Yang paling best tingkat satu dimana masa kami datang tu kena beratur nak naik floor ni. Floor ni takleh naik ramai-ramai pasal kat sini ada lukisan terpanjang, aku tak tahu terpanjang dimana di Kedah kot. Lukisan ni dalam bulatan jadi bila kita kat situ lantai tempat kita meninjau lukisan ni akan bergerak sedikit demi sedikit. Bergerak pun agak slow jadi nak habis satu pusingan adalah dalam 15 minit, boring gak. Tapi Lukisan dia best, pasal dia menggambarkan yang anda berada dipuncak Gunung Keriang dan anda boleh lihat dari view gunung ni la.
Ok kalau anda datang ke Kedah jangan lupa ke kedua-dua tempat ni, wajib kalau sampai Kedah. Adios Jumpa anda di next post.
No comments:
Post a Comment