Friday, November 28, 2008

Sepetang di Simpang Kuala, Alor Star

Simpang Kuala ni sebenarnya memang dalam bandar Alor Star. Cuma di agak tersembunyi sikit kalau sape yang tak tau susah la. Apa yang best tentang Simpang Kuala ni? Kat sini terletaknya Court Mammoth Alor Star, Pasaraya Sakan pun ada, KFC ada satu dan macam-macam kedai la. Kalau sekali pandang macam berada kat area sunway, pasal majority kat sini adalah mereka yang berbangsa Cina.Yang paling bestnye kat Simpang Kuala ni adalah di waktu petangnya, pasal bila waktu petang setiap hari akan ada pasar petang. Kat pasar ni anda boleh dapat pelbagai barangan harian termasuklah makanan laut yang segar dengan harga yang cukup murah. Kat sini gak korang boleh dapat makanan laut atau darat yang korang tak terpikir seperti pelbagai jenis siput atau ikan belut.Kat sini gak dorang jual makanan siap masak seperti laksa dan laksam Kedah, kuih-muih yang pelbagai jenis yang korang takkan jumpa kat tempat lain, sup-sup yang pelbagai perisa dan macam-macam lagi la. Aku sempat la mengetest laksam kedah, memang lain, kalau di belah pantai timur tu kuahnya putih dan bersantan tapi kat sini kuahnya cair macam laksa biasa. Aku pun sempat membeli buah berangan setengah kilo RM 5 dan sebuku roti dan kaya. Roti ni bukan roti biasa tapi yang macam old school punye, roti buku ke orang panggil.
Jadi kalau ke Alor Star jangan lupa ke Simpang Kuala. Adiooos see u guys in the next post.

3 comments:

  1. Fathi, bila nak balik kl?
    bwk balik ikan2 dan makanan laut dari sana yerk...
    kat kl ikan dah mahal :(

    syudz

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum= sebut pak leh santan org simpang kuala kenal, so pls promot my prodc sikit sbb ada lg yg jual santan, i mean dlm internet ni la u boleh tlg i, tq

    ReplyDelete
  3. ade x pasal sejarah simpang kuala....i very need that 4 my assigment :(

    ReplyDelete