Tuesday, November 18, 2008

Tepi Sawah Delight


Hari ni aku sempat la memboloskan diri bersama kengkawan sepermainan di pejabat ke sebuah kedai makan yang terletak di sebelah bendang ni. Dari office aku adalah kira-kira dalam 15 minit perjalanan. Kalau sebelum puasa boleh kata seminggu 2, 3 kali aku ke sini. Pasal masakan dia ala kampung dan yang best kita boleh request pak cik tu goreng ikan termenung masa tu jugak. Kalau kesini aku biasanya ratah ikan termenung ni la. OOO by the way ikan termenung ni orang Kedah la panggil kalau kat KL orang panggil ikan kembung tapi saiz kecik la.
Mengikut kawan-kawan kat sini ikan termenung ni yang paling popular di Kedah, pasai ikan ni yang paling banyak tangkapan di negeri ni. Ada kala harga pasaran tempatan boleh semurah seringgit sekilo. Ikan kat sini biasanya memang fresh lagi-lagi bila makan panas-panas baru dimasak. Kat kedai ni dia jual ikan termenung ni seringgit seekor. Kalau orang Alor Star makan kat sini dia makan sampai 5 ekor sorang kalah kucing kat umah aku. Rekod aku stakat ni 4 ekor je tupun dah serender dah.
View dia pulak punye la best kerana dihadapan kedai makan ni sawah padi terbentang luas, sejauh mata memandang. Jadi angin pun sepoi-sepoi bahasa hindustan la nak habaq mai. Kalau datang Alor Star jangan lupa makan ikan termenung ekkk.

3 comments:

  1. fathi, aku nk p alor setaq la kawan aku kawin....bawak mkn ikan termenung ekkk lapoo nyeee.....

    ReplyDelete
  2. eh tp tu bln 3 nanti.
    agak2 ko ada laie tak?

    ReplyDelete
  3. fathi, aku tagged ngko, sila ke blog aku utk seterusnya

    ReplyDelete