Wednesday, April 29, 2009

Sebalik Fikiran Ahmad Fathi Alias Tika Ini

Assalamualaikum,
aku sebenarnya dalam proses pembinaan diri. Tu sebab sedang aku menulis page ni aku sebenarnya sedang bercuti panjang selama 10 hari. Pergi kemana? hemm, tak kemana ada je kat KL. Kenapa? Itulah soalan yang aku sedang sendiri tafsirkan. Kemana? itulah yang bakal aku tuju. Dalam page ni aku nak konsi sedikit gerak geri otak aku tak kesahlah otak kanan ke otak kiri. Walaupun pergerakannya agak lembab kebelakangan ni tapi aku masih mampu berfikir secara waras dan masih lagi berada dilandasan yang benar rasanya la.

Korang pernah tak kena tipu, sape yang tak pernahkan. Penipuan ni kalau nak dicerita penuh dengan seribu helah dan tipu daya. Ada orang yang menipu kerana sesuap nasi dan tak kurang juga menipu untuk kepuasan diri yang sebenarnya kalau difikirkan sementara sahaja. Ada ke orang yang sedang menipu aku? itu juga sedang bermain di kepala aku yang makin berkurangan helai rambut ni. Ditipu, tertipu, menipu dan penipuan? Semuanya berakar pada akar yang sama iaitu tipu. Sesuatu yang tak perlu ada dan perlu wujud dalam sifat manusia. Lebih-lebih lagi dalam mempermainkan insan yang lain. kenapa kita harus menipu insan yang tak kurang lebih seperti kita juga. Fikirkanlah wahai semua penipu-penipu didunia ini.


Salah satu jenis penipuan adalah berselingkuh kata orang Indonesia atau bermain kayu tiga. Mungkin juga ada diantara anda bukan hanya kayunya tiga mungkin lebih empat atau lima. Tak kira lah berapa kayu yang anda mainkan ia lebih kepada kepuasan diri yang hanya bersifat sementara. Kenapa ada diantara kita yang masih tergamak mengaku sayang atau cinta pada seseorang tapi dalam masa yang sama mencintai insan yang lain. Aku memang pelik pada perasaan yang sebegini. Apa mahu manusia seperti ini. Kalau nak diikutkan hati nak je aku campak kat sungai belakang rumah ni. biar tenggelam timbul sekejap. Tapi itulah hakikat manusia. Kalau tak takkan pelangi berwarna warni.

Boring, sekarang ni memang boring tahap dewa peringkat enam belas. boring dengan suasana, boring dengan keadaan diri sendiri dan boring dengan kehebatan manusia lain. Atau lebih diklafikasikan dengan perkataan jeles teramat. Jeles pada mereka yang sedang bahagia dan jeles bila ada kawan-kawan lebih beruntung dari kita. Tapi aku harap jeles ni buatkan aku lebih kuat berusaha. Lebih mengerti yang aku bukan lah paling hebat didunia. agar aku tak bongkak dan merapu pada yang kurang upaya.


Lesu, Longlai dan Lemah. Tiga perkara yang membelenggu kehidupan aku sekarang. Yang aku perlukan adalah boostup yang kuat dalam membawa kehidupan aku lebih bermakna. Kadang-kadang aku berasa aku kini sedang sakit yang tak ada ubatnya. Aku seringkali berasa yang aku sedang nazak menghadapi mati bila ku tewas dalam menghadapi masalah yang datang. Kelesuan ini membuatkan aku menjadi seperti mereka yang kalah dalam perjuangan. Seperti mereka yang hidup dengan serba kekurangan. Aku mahu bangkit dan bangun menghadapi segala yang mendatang. Mahu menang dalam setiap pertempuran yang tiba. Aku mahu menjadi pejuang semula, menjadi panglima hitam yang tak gentar akan apa-apa.


ALONE.... keramat sebenarnya perkataan ini padaku. Walaupun aku di suasana pesta namun aku tetap merasakan sepi dan sendiri. Apa yang kurang pada kehidupanku. Apa yang aku tak punya? Aku sadar dan cukup mengerti bahwa yang hati aku memang kosong memang sepi. Aku cukup mengharapkan tuhan menganugerahkan aku dengan pengisian akan kekosongan ini. Kerna aku sudah tidak berdaya lagi dalam kegelapan yang maha sunyi ini. Aku benar-benar inginkan teman untuk bercerita, untuk mengerti akan duka dan untuk berkongsi akan suka. Tapi aku tetap yakin yang waktu itu pasti akan tiba....

Dan ini yang kuharapkan dan tak payahlah aku bercerita lagi cukuplah semua mengerti apa yang ada difikiran ku.
see u guys in the next post, wasalam....

2 comments:

  1. alah syahdu la pulak entry ko kali nih..
    takpe sabar ekk...ada berkat semua tu...insyaallah..

    ReplyDelete
  2. alahai....sabo la pati...
    aku pun senasib gak ngan ko...sabo yek...
    sedih plak aku bc post ko nie...huhuhu

    apapun chayok!chayok! hidup msti ditroskan!
    majulah sukan utk negara..hehe
    jgn mare pati..:-P

    ReplyDelete