Tuesday, June 30, 2009

Saman oooo Saman

Hai Guys,
lama dah aku x mencoret sedikit sebanyak kat warkah pena digital nie. Sibuk yang tak tahu apa yang aku sebuk skang ni..... maybe sebuk layan perasaan sendiri kot. Dalam sebulan ni banyak sebenarnya nak aku share ngan kengkawan semua tapi nanti la bila aku ada ilham baru. So skang aku nak luah la skit pengalaman aku kat jalan raya hari khamis lepas. Pengalaman kena saman la apa lagi.
1 Ogos depan genap la setahun aku menjadi warga Kedah Darul Aman, dan inilah pertama kalilah aku kena menatang saman ni. Tempat kena saman kat Taiping lepas kawasan rehat yang dekat ngan Bukit Merah tu. Memang la tempat ni hot spot untuk polis buat operasi. Aku bukan nak salahkan sesiapa dalam hal ni. Masa tu kelajuan yang kena saman 123km/jam, lebih 13 je dr kelajuan yang dibenarkan. Polis tu kata 'encik laju ni' aku pun nak kata apa lagi, takkan aku nak cakap belum laju lagi tu cik. hahahaha. Dua tiga kali aku mintak maaf tapi dia mintak maaf balik kata ni operasi ada amik gambar, jadi aku pun layan je la.
Jadi dengan rasa senang hati aku pun menyain lah kertas saman. Kompaun maksimum tiga latut. Apa nak buat dah rezeki....
Yang nak aku bangkitkan disini kerajaan rasanya patut menaikkan had laju lebuhraya la, ni dah tahun 2009 kereta semua lebih kurang 1.5 keatas yang dikeluarkan. Kalau nak ikut perbincangan ngan kengkawan aku kalau kete yang above 1.5 ni nak tahan kaki untuk stay kat 110 km/perjam memang la menyeksakan. Bayangkan la nak bawak dari utara sampai KL ada la lebih kurang 400 km. Boleh dapat kurnas kaki aku, tau ke kurnas tu apa? Kurap Ganas.... hahahaha.
Aku pun nak merepek banyak-banyak pun tarak guna beb, letih air liur je kang. Biarlah leteran sepanjang satu muka warkah pena digital ni ada sedikit memberi anjakan pada perjalanan negara. cewahhhh
K la semua kalau aku punya hati dan masa di lain waktu, Insya Allah kita berjumpa lagi. Adiosss Love u guys. See u in heaven....

1 comment: