Friday, January 2, 2009

Renungan 2008

Salam,
Sedar tak sedar tahun 2009 menjelma dengan sendiri, tanpa dipaksa dan tak boleh jugak nak dihentikan. Tapi hari ni aku nak imbas kehidupan aku ditahun 2008 yang banyak mengubah diri aku lebih-lebih lagi persepsiku terhadap manusia.
Tahun 2008 menyaksikan aku beralih arah dari Limkokwing University ke INSANIAH University College. Satu perubahan yang besar dan pengorbanan yang telah aku lakukan. Aku meninggalkan ibu kota Kuala Lumpur ke sebuah negeri yang aku belum pernah terfikir untuk bermastautin iaitu negeri Kedah Darul Aman. Ini merupakan bulan keenam aku di Kedah, sedar tak sedar sudah setengah tahun aku di Kedah. Kalau ditanya adakah aku sudah menemui apa yang aku cari, jawapannya aku makin sesat dalam duniaku sendiri. Sering aku bertanya adakah benar keputusan yang aku buat selama ini. Ataupun aku masih seperti manusia yang dulu hanya menjadi budak kepada keperbudakan dunia. Atau aku sebenarnya memang harus menjadi budak selamanya. Tapi yang aku sedar sekarang, Tuhan itu Maha Tahu dan terlalu Adil buat semua. Dan aku berharap Dia akan tunjukan aku jalan yang harus aku ambil. Dan jalan itu aku harap bakal memberi makna pada kehidupan aku.Ramai yang tanya tak cukupkah apa yang aku dapat, ikhlas aku katakan aku bukan mata duitan, aku tak pernah meletakkan harga buat segala perbuatan aku. Tapi aku cukup tak dapat terima apabila orang tak pandai menilai segala yang aku perbuat. Kerana penilaian itu yang menentukan samaada kita sebenarnya dihargai atau tidak. Kalau fikir singkatku agak mudah, aku akan pergi kepada mereka yang menghargai aku. Tak guna aku rasa jika kita terus berjuang berkorban untuk mereka yang menilai kita dengan nilai yang rendah dan tidak pernah menghargai segala yang kita perbuat.
Rasanya tahun 2009 ni aku harus kemana. Yang penting aku harap ada diantara mereka didunia ini boleh menilai hasil kerja aku dengan lebih munasabah.
Adakah 2009 juga menyebabkan aku beralih arah. Aku hanya mampu berserah pada keadaan. Aku bukan lalang, tapi aku adalah bunganya yang terbang untuk mencari tanah baru untuk memastikan dunia ini tetap hijau dan masih ada tumbuhan yang bernama lalang. Kerana dimana ia jatuh dan tumbuh itu bermakna tanah disitu benar-benar menghargainya. Tapi kalau ia mati maka berkubur cerita sang bunga.Akhirnya, Welcome 2009 I hope for better future by your side. Ok guys meet you in another post, chiooow.

1 comment:

  1. syahdu la beb...

    Selamat Tahun Baru 2009..aku pun kena fikir balik if kompeni aku neh cukup appreciation or not. isk isk isk

    ReplyDelete