Lawatan Kerja Di Medan Indonesia Januari 2009
Hello readers, Aku rasa dah dekat 2 bulan aku tak letakkan apa-apa input di blog kesayangan aku ni. Cuma kesibukan yang bukan-bukan menjadikan aku malas nak menulis. Tapi kalau nak ikutkan hati malas ni memang semua benda takkan jadi.
Sebenarnya aku memang buat beberapa episod untuk penulisan ni, pasal banyak juga tempat yang aku explore dalam dua bulan ni. Jadi aku mulakan dengan lawatan kerja aku dan team Perhubungan Awam Kolej Universiti INSANIAH ke Medan Indonesia.
Walaupun aku dan Medan ni ibarat kampung sendiri, rupa-rupanya masih banyak yang aku tak tahu tentang Medan. Medan dengan kepadatan penduduk seramai penduduk di Kuala Lumpur benar-benar memberi kejutan setiap kali aku menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini.
Lawatan sekitar enam hari di Medan ni sebenarnya lebih menjurus kepada membuka pintu silaturahim Kolej Universiti INSANIAH dengan beberapa buah Sekolah Agama di Medan atau lebih dikenali dengan nama sekolah Pesantren. Sebenarnya lebih dari sepuluh sekolah yang kami lawati tapi kat sini aku tunjukan separuh je la ekk.

Sekolah Lanjutan Tingkat Atas (SLTA) Nurul hakim
Sekolah Lanjutan Tingkat Atas (SLTA) Darul Hikmah
Sekolah Lanjutan Tingkat Atas (SLTA) Al-Kautsar Al-Akbar
Sekolah Lanjutan Tingkat Atas (SLTA) Al Azhar
Sekolah Lanjutan Tingkat Atas (SLTA) Raudhatul Hasanah
Sekolah Lanjutan Tingkat Atas (SLTA) Al Manar
Al-Manar sebenarnya sekolah pertama yang kami kunjungi. Kunjungan kami disambut sendiri oleh pemilik sekolah ini, iaitu Prof Dr. Hasbullah yang memang terkenal di Medan. Selain dari sekolah ini beliau juga memiliki lebih kurang enam buah sekolah sekitar Medan dan Acheh. Kebanyakkan sekolah beliau menempatkan mangsa-mangsa Tsunami di Acheh. Di tapak ini juga beliau menyewakan sebahagian bangunan beliau kepada Universiti Sumatera Utara.
Jalan-jalan Sekitar Medan
Ni gambar di Istana Maimon, Medan. Kalau nak tau aku dah berpuluh kali ke Medan tak pernah masuk pun biasanya kat luar je. Jadi kali ni tak lepaskan peluang masuk la. Gambar yang terakhir merupakan Meriam Puntung yang diceritakan mempunyai keajaiban sendiri dan ia juga dikatakan berupa seorang Putera Raja yang ingin menyelamatkan adiknya dari serangan kuasa luar.
Aku jadi tukang test baju untuk Ustaz Azki.
Kami sempat juga menghadiri majlis perkhawinan seorang saudara Pak Indan yang dilansungkan didalam adat Mendeleng.
Aku dan Ustaz Azki sedang sibuk berbincang sebenarnya bukan pasal sekolah-sekolah yang kami kunjungi tapi kat mana nak shopping lagi lepas ni. Hahahaha.
Jualan Buku Bekas, ataupun buku second hand. Kat sini ada satu kawasan yang oarng panggil titi gantung dimana banyak gerai-gerai menjual buku-buku terpakai. Aku selalu beli komik kat sini terutama komik Paman Gober (ala pakcik donald duck tu).
Sekarang perkara yang paling best cerita bab makan. Kali ni aku terjumpa satu kedai makan, sebelah Hotel Grand Antares tempat penginapan kami (walaupun aku tak pernah tido kat situ pasal aku tido kat umah mak cik aku). Yang sepeselnye kat sini adalah western foodnye. Beef Steak ni kalau kat KL adalah dekat RM 16, pasal dia guna hot plate. Kat sini cuma 14 ribu rupiah je, berapa duit Malaysia? Sekitar RM 4.40 je. Amacam ada brani celen.
Kami sempat juga makan Ikan Bakar Medan. Kalau kat Medan tempat yang paling best kalau nak makan ikan bakar ni terletak di Kampung Baru di Jalan Bridgen Katamso. Kami makan puas gile malam tu. Ikan bakar je 5 ekor dan adalah amik sayur-sayur skit. Kami makan tujuh orang masa tu. Ustaz Azki dan Isteri tak habis menggeleng kepala dan sambil meratip "murah, murah" masa aku bayar bil. Korang rasa berapa? Rp 160,000 = RM 49.60. Ayo ada ka kat Malaysia. Ni cakap pasal ikan bakar ni bukan ikan goreng.
Malam last aku cam biasa la buang tabiat la. Aku sempat la menjejakkan diri ke K 2 Family Karaoke. Bak kata orang tempat wajib aku ni. Tapi aku masa tu dah penat sangat pasal brape hari asik merayau je. jadi tak banyak la lagu aku nyanyi. By the way thanks sesangat buat Iwan dan Putra yang setia menunggu aku nak g sana. U guys rock.
Oklah aku rasa cerita aku berhenti kat cni dulu la. Dalam episod kedua aku akan sambung lagi. see u guys k.
Bersambung......
Bersambung......
No comments:
Post a Comment